Monday, February 7, 2011

dunia tanpa sempadan

Sorang pemuda yang baru je kematian abang, bercerita kepada rodongnyer yang dia sokmo kena kaco dengan roh abang dia dalam mimpi. Tetiap malam dia kena kaco. Dia pun susoh hati la. Takut nok tido. Kala tido karang, roh abang dia mesti datang. Habih goner, nok tido pon tak jenera.

Rodong dia pun men’suggest’kan dia pegi berjumpa dengan bomoh yang handei kat ujung kampung te. Dia pun pegi la jumpa bomoh te, dan menceritakan la sema menda yang berlaku selama ni.

Lepaih tengok dalam air, hembus kiri kanan lebih kurang. Bomoh tu pun kabo la ke budok te…

“Roh abang aok ni sebenornyer tak aman. Dia rindu het ke barang-barang dia masa dia idup dulu. Banyok het mende yak dia rindu.

Jadi sebab nok bagi roh abang dia aman, bomoh te mencadangkan dia buat menda-mende te dengan kertas pehtu pegi bakor kat kubur abang dia.


 

Pemuda ni pun buat la replika mende-mende kesayangan abang dia sema. Kereta BMW, duit, rumoh, jam tangan, PS3, laptop dan juga handset mahei yak abang dia sempat pakei 3 hari je..

Dia pun bakor la sema mende-mende te. Pada sebeloh malamnya dia tido tak kena kaco dah dengan roh abang dia. Tiba-tiba handset dia berbunyi pulok… ander mesej masuk..
Dia tengok handset. Nombo pengirim mesej te sama dengan nombo talipon abang dia yang dah mati…

Goner buleh jadi gini? Tak kaco dalam mimpi, dia bantei kaco pesen gini pulok?..Dengan perasaan yang berdebor-debor.. dia bukok mesej te… Memang mesej te datangnya dari abang dia. Abang dia tulih pesanan yang pendek dan ringkas je…
 
“ADIK… CHARGER HANDSETNYA MANA??”

2 kejicacimaki:

topimagine said... Reply To This Comment

abg die xsuruh topap kn sekali ke.. hahahha

TeAqArH said... Reply To This Comment

pakai line..
hahaha