Monday, February 7, 2011

story from lipis

Pada suatu malam, Kamal yang baru sahaja sampai ke bandar Kuala Lipis dengan menaiki keretapi telah ditegur oleh seorang seorang pemandu kereta sewa.

“Aok nok balik ke mana?”

“Koyan.” balas Kamal.

“Weh, jauh het. Kala 20 hinggit buleh?.. Pasei oak sorang jer.. Keh balik ke sini pun karang kosong jer kete keh….”

Kamal tiada pilihan. Malam dah semakin larut. Bas pun tiada lagi. “Hmm.. Buleh la, Pak Cik..”

Maka mereka pun memulakan perjalanan. Kamal mengambil tempat duduk belakang. Sepanjang perjalan yang sunyi itu Kamal dan Pak Cik itu tidak langsung berbual. Masing-masing mengelamun sendirian. Kamal memerhatikan Pak Cik itu seolah-olah mengantuk. Bimbang pula Pak Cik itu tertidur ketika memandu.


Tergerak hatinya untuk berbual-bual dengan Pak Cik itu untuk menghilangkan mengantuknya, seraya menepuk bahu Pak Cik itu. “Pak Cik…!” kata Kamal.

“B*****, C*****, Aok, Jatuh, Tekejut… Hantu.. Setan. Ghimo Akor.” Jerit Pak Cik tersebut sambil mencarut-carut dan keretanya terhoyong-hayang hampir terbabas ke bahu jalan. Pak Cik it uterus memberhentikan keretanya.

Keadaan menjadi sunyi sepi kerana kedua-duanya tergamam.

“Lain kali aok, jangan la buat gitu lagi.. terkeranjat keh ni tadi…” Pak Cik bersuara.

“Mintok maah, la Pak Cik… Keh tok sangka la pulok Pak Cik buleh terkejut sampei gitu sekali…” Kama membalas.

“Takpe la. Bukan saloh aok pon. Mende baghu ni la keh mmbawok Prebet Sapu ni lepaih keh pencen. Dah 25 taun keh njadi drebo, takde la terkejut sempei gini me….” Kata Pak Cik itu.

“Ooo.. Pak Cik keje mende dulu?” Tanya Kamal.

“Bawok Van Jenazoh” kata Pak Cik.


p/s: keh bangge yg keh anok pahang

0 kejicacimaki: