Tuesday, August 23, 2011

5sifat mahmudah yang perlu ada dalm diri kita

assalamualaikum w.b.t dan salam kerinduan dari lubuk ati yg nurani ni..cewaaahhh...

aritu teaqah ada cita pasal 8 sifat mazmumah yang ada dalam diri kita( boleh tengok kelik SINI ) antara sedar atau kite tidak sedar...tapi teaqah yakin,sifat tu memang ada dalam diri kita semua..bukan senang nak buang and kadang2 kita tak sedar pun sifat tu ada dalam diri kita..orang sekeliling kita yang boleh nampak,tapi lau kita sombong,kite kompem akan denied kan mende ni an..biasa la tu..manusia...so tanpa buang masa lagi,arini teaqah nak update pasai 10 SIFAT MAHMUDAH YANG PERLU KITA ADA....

1. TAUBAT


- taubat ialah kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :" Dan mohonlah ampun kepada Allah , sesungguhnya ia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani ”.( Surah Al – Muzammil - Ayat 20 )
nak taubat bukan boleh hentam kromo je..mesti la ade syarat2nya..orang sekarang da letak mindset yang salah..xpela aku wat dosa arini..malam nnt aku taubat la..lau sempat..lau mati tgh jalan cmne??? so ni nak tayang depan angpa suma

Syarat-syarat taubat adalah seperti berikut :

- Meninggalkan maksiat atau perkara dosa tersebut.
- Menyesal atas maksiat atau dosa yang telah dilakukan.
- Bercita-cita tidak akan mengulanginya lagi.
- Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi.
- Mengerjakan perkara-perkara fardhu yang telah luput.

kite leh dapat banyak manfaat jika kite bertaubat. boleh tenang hati kite ni tau...
Beberapa faedah dan hikmah taubat iaitu :

- Menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa.
- Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T .
- Meningkatkan ketaqwaan diri.
- Membenteras tipu-daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia
dengan berbuat dosa dan maksiat.
- Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah S.W.T. dalam hidup di dunia
dan akhirat.

kita sebagai manusia kadang2 terleka dan melakukan dosa tanpa kite sedar, yang pada hemat kite takde ape2 pun tp sebenarnya ia bagi efek...tapi jangan la kite sengaja buat dosa and set dalam kepala kite,tiap kali kite buat dosa tu,kite leh taubat...

2. KHAUF (takut)

Khauf bermaksud takut akan Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Dan kepada Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain". ( Surah Al-Baqarah - Ayat 40 )

dalam dunia sekarang ni..teaqah tengok,ramai yang tak takut ke ALLAH...ramai je yang bangga dengan dosa yang mereka lakukan..seolah-olah mereka ni mencabar ALLAH je..dan ramai jer yang pertikaikan hukum ALLAH..tak jugak golongan yang merasakan diri mereka terlebih pandai sampai suke cakap orang sesat....ish3....

3. SABAR

sabar ni kite leh definisikan sebagai menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai.

Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:

- Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu kepada yang lain daripada Allah subhanahu wata‘ala ketika berlaku sesuatu bala atau bencana.
- Menahan diri dalam mengerjakan segala perintah Allah.
- Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah.

sabar ni pada teaqah satu perkataan yang punya 5huruf yang amat mudah untuk meniti di bibr yang tak bape nak mungil ni...mudah nak cakap sabar tapi nak buat tu satu perkara yang macam letak batu atas kepala ni...lagi2 lau kite ni spesies baran...memang sabar ni macam tak lut je dalam diri tu..sikit2 nak melenting...bila di timpa masalah.bukan kita nak sabar tapi kita melenting..menyalahkan takdir..menyalahkan ALLAH dengan apa yang menimpa diri kita..sedangkan apa yang datang itu sekadar ujian dariNYA untuk hambaNYA yang DIA sayang..kan beruntung tu...

4. SYUKUR

syukur,syukur,syukur ya ALLAH syukur,syukur alhamdulillah(antara petikan dalam lagu raihan)...

syukur membawa maksud mengaku dan memuji Allah atas nikmat yang diberi dan menggunakan segala nikmat itu untuk berbuat taat kepada Allah subhanahu wata‘ala.

setiap ape yang dikurniakan ALLAH kepada hambanya samada baek dan buruk kita harus terima dengan gembira....dugaan itu sebagai ganjarang kepada kite...untuk lihat sejauh mane iman dalam diri kita sebagai hambanya....Tiap-tiap nikmat yang diberi oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada makhlukNya adalah dengan limpah kurniaNya semata-mata, seperti nikmat kesihatan, kekayaan, kepandaian dan sebagainya. 

Setiap nikmat yang kite dapat hendaklah disyukuri.lau xreti nak bersyukur tu makna kata kite ni bukan jenis yang mengenang budi..dah la yg bagi nikmat tu ALLAH ta'ala...yang menciptakan kita.so,kite guna nikmat tersebut dengan sebaeknya.jangan sampai kufur nikmat pulak...^_^

5. REDHA

Maksud redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :
- Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
- Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

ramai je yang teaqah tengok suke menyalahkan takdir ALLAH....bile senang,kita sebagai hambaNYA seolah-olah lupe dengan kesenangan yg DIA berikan sehinggakan kite alpa dengan duniawi..kite lupa akan ukhrawi.... bila kesusahan,musibah menimpa diri, mula la sibuk salahkan ALLAH dengan ape yang menimpa diri tu..bukan nak muhasabah diri dengan apa yang berlaku,tapi sibuk tuding jari kar orang laen..x redha dengan apa yang dia dapat..

kita hidup di bumi ALLAH ni hanya menumpang.lau ktia rasa kite hebat,kite sombong dengan ape yang kite ade,kite bangga dengan dosa yang kite buat..ape kata oergi cari bumi laen...lau ade lau...lau x jumpe..sedar2 diri tu sikit ye..^_^




4 kejicacimaki:

Anum said... Reply To This Comment

amin... thanks for sharing

Abang Stalker said... Reply To This Comment

x sume abg ada..tp syukur,ada jgk sifat baik dr xde. :)

merahitujambu said... Reply To This Comment

terima kasih share..

salam syawal

izfanora said... Reply To This Comment

alhamdulillah.. semoga semua sifat itu ada dan berkekalan.. :)