Tuesday, August 16, 2011

7 tingkat NAFSU

assalamualaikum w.b.t untuk penyinggah yang melepaskan lelah kat belog ni..^_^


cerita mengenai nafsu ni biasanya pemes ames time puasa la..bukan apa...sebab BAPAK dia kena ikat....tu yang pemes tu..bapak da trening nafsu ni selama 11bulan...so dia jalankan kerja dia...now bergantung kat diri la cmna nak lawan NAFSU ni...arini teaqah nak kongsi mengenai ILMU TASAWWUF...

APA ITU ILMU TASAWWUF??? Tasawwuf adalah satu cabang ilmu Islam yang memberi tumpuan kepada pembangunan rohani Islam. ini rapat dengan HATI ye kawan2 sume...so teaqah nak share TUJUH TINGKAT NAFSU..

1) NAFSU AMMARAH Peringkat nafsu ini merupakan peringkat nafsu yang paling hina dan jahat. Nafsu Ammarah tidak menyuruh sesuatu pun pada diri kita kecuali kepada kejahatan. Orang yang berada di tahap nafsu ini telah dikuasai oleh hawa nafsunya. Apabila nasfu menguasai, maka segala perbuatan dan perkataannya sentiasa terdorong kepada kejahatan dan kederhakaan kepada Allah. Allah menyatakan kejelekan nafsu ini dengan
firman ALLAH s.w.t di dalam surah YUSUF:53 - dan aku tidak membela diriku(dari kesalahan) kerana sesungguhnya nafsu itu suka menyuruh kepada yang buruk kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanku, sesungguhnya Tuhanku Pengampun dan Penyayang.
Sekiranya kita berada di tahap nafsu ini maka celakalah kita. Sebabnya kita tidak akan terlepas daripada seksaan api Nereka Allah. Ini adalah kerana tiada kebaikan pada diri kita. Nafsu diperingkat ini memiliki hati yang penuh dengan sifat-sifat mazmumah Seperti sombong, dengki, mengumpat, mengadu domba, dendam, menghina, riak, ujud, sum’ah, pemarah, pemalas, kuat tidur, kuat makan, malas beribadah, suka kepada kesoronokan dan sebagainya. Mereka telah menjadi hamba nafsu bukannya menjadi hamba Allah


2) NAFSU LAWWAMAH - nafsu yang ke2 ni lebih sikit dari nafsu AMARAH...jika di nafsu amarah kite berasa bangga dengan segala maksiat dan dosa yang kita lakukan,berbeza dengan nafsu LAWWAMAH ini,ia mula berasa kesal dengan segala kertelanjuran maksiat dan dosa serta kekurangan dalam menunaikan kewajipan.. di dalam dirinya terasa seperti ada sesuatu perasaan seolah-olah mencelanya.
firman ALLAH s.w.t di dalam surah Al-Qiamah:2 - dan aku bersumpah dengan nafsu yang mencela(nafsu lawwamah)
3) NAFSU MULHIMAH Bagi tingkat nafsu mulhimah pula sesetengah ulama tidak memasukkan tahap ini dalam peringkat nafsu yang dilalui dalam diri manusia. Tetapi ramai juga dari kalangan ulama terutama ahli sufi yang memasukkan peringkat ini seperti yang disyariatkann di dalam al-Quran,yang bermaksud

Maka diilhamkan kepadanya jalan yang membawa kepada kejahatan dan ketaqwaan

Surah As-Syams:8

Nas diatas pada ammya menjelaskan manusia boleh menerima suatu saranan di dalam dirinya sama ada berunsur kejahatan atau kebaikan. Ini juga menunjukkan diri seseorang sentiasa diilhamkan dua unsur iaitu kejahatan dan kebaikan.

Berdasarkan nas dan sejarah hidup manusia sepanjang zaman membuktikan di dalam diri manusia ada satu daripada dua unsur itu seperti suatu alat yang dapat mengesan suara dari alam ghoib. Fenomena ini adalah reality yang diakui tetapi diragui. Dalam bidang ilmu, fenomena ini diejaki oleh ahli psikologi.
Pelbagai pendapat dan istilah dikemukakan, namun semua kajian meyakini fenomena terbabit sekalipun berbeza dari segi penaksiranyya.

4) NAFSU MUTHMAINNAH
Sekiranya kita berada diperingkat nafsu ini, barulah kita akan terselamat dari seksaan Neraka. Ini dinyatakan sendiri oleh Allah Taala.
Firman Allah dalam Surah Al-Fajr : 27-30 "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan baiknya, kembalilah kepada Tuhanmu dgn engkau berpuas hati(dgn nikmat yang diberi) lagi diredhoi!Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia dan masuklah ke dalam syurga."
Merupakan peringkat permulaan untuk menuju kepada Allah. Tetapi awas kita akan jatuh juga di dalam tipuan-tipuan yang tersangat halus, sekiranya kita tidak berhati-hati. Di antara penipuan-penipuan itu ialah seperti syirik khafi (syirik yang tersembunyi), cintakan kedudukan dan pangkat. Orang yang bernafsu mutma’innah ini dari segi zahirnya nampak cantik iaitu bersifat yang mulia lagi terpuji seperti pemurah, lemah-lembut, bertawakal, zuhud, warak, syukur, sabar, redha. Tersingkap kepada mereka akan rahsia-rahsia ketuhanan, bahkan telah terjadi kepadanya perkara-perkara pelik dan sebahagian dari keramat-keramat. Ia merasakan dirinya telah dinaikkan maqam Iman Al A’zam (Iman Besar). Inilah sebahagian daripada penipuan-penipuan yang perlu kita berhati-hati.


5) NAFSU RADIAH - Nafsu RADIAH ini nafsu dalam diri orang yang dapat mendiamkan syaitan dari dalam dirinya. Allah menurunkan ketenangan ke dalam hatinya. Diri akan menghayati sifat redho dan menjadi maqamnya namun diri masih bimbang dan berasa belum diterima Allah.

6) NAFSU MARDHIAH - Boleh juga berlaku pandangan fana dan ikhlas akan jatuh ke dalam bahaya ujud iaitu hairankan diri. Maka ketika itu hendaklah ia memohon perlindungan daripada Allah dari hal seumpama itu dengan bantuan Syeikhnya. Tanpa bantuan Syeiknya ia tidak akan berjaya. Apabila ia telah kembali fana dan ikhlas , akan ditajallikan kepadanya redha, diampunkan dosanya yang telah lalu, digantikan kejahatannya dengan kebaikan, maka terbukalah segala pintu zauk dan tajalli, lalu tenggelamlah ia di dalam lautan Tauhid dan burung-burung rahsia akan memperdengarkannya nyanyan-nyanyian. Nafsu ini dinamakan nafsu mardhiah.

7)
NAFSU KAMALIYAH - Tingkat nafsu ini adalah tingkat yang terakhir dan yang tertinggi sekali. Tingkat ini jarang dicapai oleh jiwa-jiwa seperti kita. Tingkat ini biasanya dicapai oleh para Rasul, Nabi-Nabi, para Sahabat dan wali-wali besar sahaja. Golongan ini akan meningkat dari darjat fana(binasa) kepada baqa(kekal) dengan Allah Taala sentiasa. Di tahap ini seseorang itu tidak perlu bersusah payah dengan bermujahadah dan berusaha melawani desakan hawa nafsu dan syaitan, kerana sifat kesempurnaan telah mendarah daging dan bersebati dengannya.
Firman Allah: Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan. (Yusuf: 53)

Musuh kita yang paling jahat ialah nafsu kita yang berada di antara dua lambung kita. Kejahatan nafsu melebihi kejahatan syaitan atau iblis. Jadi permusuhan kita dengan nafsu kita sendiri melebihi permusuhan kita dengan syaitan. Namun, syaitan dapat menguasai diri kita melalui nafsu yang berada pada diri kita. Dengan kata lain, nafsu merupakan talibarut atau suruhan syaitan untuk menerangi kita.

sumber rujukan adalah dari [ SINI ]

tertarik dengan statement last tu....MUSUH KITA YANG PALING JAHAT ialah NAFSU KITA....senang ke kita nak lawan nafsu2 jahat ni untuk mendapatkan nafsu2 yang baek(nafsu ke4 hingga ke-7)???untuk diterima ALLAH yang ESA?? tapi kita perlu la berusaha untuk mendapatkan peringkat2 nafsu ini...JANGAN SESEKALI BERKATA KITE BERIMAN ANDAI KATA KITA BELUM DITIMPA MUSIBAH DAN SABAR DAN TABAH MENGHADAPINYA TANPA MERUNGUT.
DUNIA ADALAH PENJARA BAGI ORANG MUKMIN DAN SYURGA BAGI ORANG KAFIR

5 kejicacimaki:

Ashraf Jalil said... Reply To This Comment

memang musuh pun nafsu nih.. shopping sakan kat bazar + makan xigt dunia time bulan puasa..padahal setan dah kene ikat..hueheh

Wanz Mejuez said... Reply To This Comment

thanks sebab kongsj entri ni... baru bleh tingkatkan pergetahuan... =)

suka ngan entri ni kalau baca time bulan puasa.. kena tahu walaupun wan sudah lupa.. ari ni baca semula baru ingat... huhu

TeAqArH said... Reply To This Comment

@Ashraf Jalil memang pun...setan dah tren nafsu ni baek punya..^_^ 11buln bukan satu jangka yg sekejap.^_^

@Wanz Mejuez thnx utk komen tu...sharing is caring...maksud nama insan pun dtg dr lupa..so x slh kite sesama islam,saling igt-mengingati..^_^

Niena Pengembara Ilahi said... Reply To This Comment

kte kna bijak mengawal nafsu... jgn biar nafsu yg kawal kte

dylla abas said... Reply To This Comment

kalau ckp pasal nafsu,mmg mcm2 yg terlintas kat kepala kan..? tapi,lepas baca entri ni,pengetahuan ttg nafsu tu jd lebih mendalam lagi.tahnks 4 sharing (",)