Friday, August 19, 2011

8sifat MAZMUMAH yang ada dalam diri kita

assalamualaikum w.b.t dan salam sayang untuk semua...

syukur alhamdulillah..hari ni masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di bumi ALLAH ini untuk meneruskan ibadah puasa yanga hanya tinggal lagi 10hari..dimana dalam 10hari ini terdapatnya malam lailatul qadar yang menjadi rahsia ALLAH dan kepada siapa DIA nak bagi,itu hanya DIA yang tahu,..kita sebagai hambanya perlu la berusaha untuk dapatkan sesuatu...di sini sedikit perkongsian dalam usaha untuk kite bersihkan hati kite(korang jangan p bedah n cuci lak hati korang tu,kang tak tengok dunia dah).....nak share 8sifat mazmumah yang ada dalam diri kita...^_^


1. Ghadhab (pemarah)

Ia bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan.Sifat pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar. (biasanya org jenis mcm ni mesti kurang kasih sayang,sebab tu kot jd cmni..n for sure dia tak ramai kawan..sian kat dia)

2. Hasad (dengki)

Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.orang macam ni memang xleh tengok orang bahagia...tak tahu ape la yang x kene ngan ulu hati dia yang sibuk nk dengki ngan orang..lau dengki tu dapat duit,tu laen la cite...ish3
Orang yang perangai mcm ni akan sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan (katogeri manusia spesies PHD ni memang ramai la dalam kalangan kite..x kesah la kawan ke hape ke..lau dengki tu bawak ke kebaikan xpe jugak...ni hampeh,dengki,pehtu sibuk jatuhkan orang laen)

3. Bakhil (kedekut)

bakhil yang biasa kie dengar bakhil duit la an..ya ALLAH..kedekut tak hengat...nak bagi sedeqah pun berkire...kite jangan berkire dengan ALLAH..sekali ALLAH berkire ngan kite,tak cukup tanah kau lari nanti..kite kat dunia ni pun menumpang harta ALLAH,yang ang nak kedekut sangat kenapa??? (Spesies ni mesti selalu dapat maki dr kawan2...lau kawan nak belanja,dia la suka sekali,tp time dia, ALLAH YA RABBI...terus xde duit) psst...xnk share ilmu pun spesies kedekut jugak,,,ni pun bengong jugak...sabor je..

4. Hubbul jah (kasihkan kemegahan)

ni jenis sayang ang kasihkan kepada kemegahan, kebesaran dan pangkat.
Perasaan nakkan kemegahan dan pangkat kebesaran tu meluap2 macam lava gunung berapi nak meletus and tros menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah.dari sini lah terjadinya rasuah bagai..ish3...dunia dunia..kita boleh jadi buta hati kerana pangkat...

5. Hubbud dunya (kasihkan dunia)

ni maksud dia..kite ni sukakan benda yang bersifat duniawi..ape yang kite buat ni..hanya nak dapatkan saham dunia ja sampaikan kite terlupa saham akhirat kite nanti....lau malaikat izrail nak jemput kite,leh ke kite tahan dia,minta masa nk p cari amalan utk saham akhirat??x la kan...cube kite cari amalan yang mana bile kite buat dunia dapat akhirat n bila kite buat utk saham akhirat,kite akan dapat dunia jugak..^_^

6. Takabbur (sombong)

ni sifat yang mana kita rasa kita hebat...tak tau la hebat tang mana..tenaga ka?ilmu ka sampai suke sangat cakap orang laen sesat...hebat tang berdebat ka??bila kta da rase hebat dengan apa yang kita miliki,kita akan mula mendabik dada dengan orang laen..bila sombong da menapak dalam ulu hati tu..memang x dpt tolong la..mula la mandang hina kat orang laen..ingat..kite ni hidup kat dunia ni hanya PINJAMAN  ALLAH,sekali DIA tarik....korang pikir la akibatnya

7. ‘Ujub (bangga diri)

maknanya merasai atau menyangkakan diri kita lebih sempurna. Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.
tapi sifat ni dia tak menunjuk2 kepada orang laen...tp ia dibuat utk mendapat pujian..kesian org mcm ni..bukan ape...amalan yg dia buat hanya utk dpt pujian,mmg dia akan dapat pujian tp disisi ALLAH,takde makna..amalan langsung tak diterima...

8. Riya’ (menunjuk-nunjuk)

Iaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.
Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata. ia lebih kurang sama macam 'ujub tapi ujub ia tidak menunjuk2..ia cume bermaen2 dalam hati aje berbeza dengan riya'.tujuan dia buat sesuatu memang dia nak menunjuk2...



jom sama-sama kite ubati hati kite yang sakit tu dan gantikan sifat2 mazmumah ni dengan sifat2 mahmudah..yeah..teaqah admit nak buat sesuatu yang baik ni memang banyak sangat halangan dia dan kita kene la selalu istiqomah dalam melakukan kebaikan...biaq kite buat akhirat kite dapat dunia..biaq org cela kita tapi jangan ALLAH yang cela...cukup la sampai sini..nak merehatkan badan dan minda sebentar..^_^

6 kejicacimaki:

Anum said... Reply To This Comment

ermmmmmmmm
thanks kongsi

alif haris said... Reply To This Comment

sempena ramadhan ini marilah kita bersama kikis sifat mazmumah tu :)

Abang Stalker said... Reply To This Comment

abg ada no 1 tu.. :( x bole nk bt apa la.ble skt2 ni cpt sgt nk mengamuk.

Ajeyy Rawk said... Reply To This Comment

salam ziarah :)
jemput laa datang jenguk entry terbaru saya yer .. :D

http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/08/hasil-edite-gambar-dengan-picnikcom.html

iPai said... Reply To This Comment

rasanya setiap sifat ni ada laa sikit2 dalam diri n memang ssah juga kadang2 tak terkawal ..

jadi senangnya kalau kita ingat Allah, memang kita control dengan baik ..

well, kadang2 tuh meletup juga ..

fiq. said... Reply To This Comment

hurm, sesuai untuk dikongsi dan diambil pengajaran kepada semua orang,,,terutama blogger sendiri kan,,banyak2 nau tgk org2 mcm ni

btw,saya seorang yg pemarah dan panas baran...........kritikal.sombong pling tak,haha