Friday, August 5, 2011

hanya kerana WANITA

assalamualaikum w.b.t buat sume...salam hari jumaat..penghulu hari..^_^

besarnya tanggungjawab yang tergalas dibahu seorang lelaki hanya kerana seorang WANITA....kite selaku manusia yang memegang status jantina PEREMPUAN selalu mempertikaikan kedudukan LELAKI tapi sedarkah kite besar tanggungjawab lelaki keatas perempuan....kenapa?meh kite tengok erk..ade 4golongan lelaki yang akan diheret sama masuk ke neraka hanya kerana wanita..siapakah 4 golongan ni??mari sama2 kite baca...


1. seorang BAPA
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. 
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.) 

2. Seorang SUAMI 
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka. 
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau
akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .) 

3. Abang-abang 
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. 
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat  kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat...dan tidak menutup aurat.) 

4. Anak2 lelakinya 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu  perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. 
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.) 
................................................ 
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. maka kita kaum hawa jangan terlampau lancang berkata-kata..tengok la sape yang terlibat dengan perangai kita...
Firman Allah S.W.T; 
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...." 

saya copy entry ni dari one of my senior..^_^ kredit tu incik shahrin a.k.a abg khalipah

7 kejicacimaki:

aimie amalina said... Reply To This Comment

betol!
laki pompuan sesame la menolong utk elak sume ni berlaku

Abang Stalker said... Reply To This Comment

tanggungjwb lelaki lg sgt berat sbnrnya..T_T sblm baligh bapa yg akn menanggung dosa ank lelaki,isteri,dan ank prmpn da tntu.


ya Allah,semoga kita sume x kira lelaki ke prmpn thu dan sdr tanggungjwb masing2.Amin..

TeAqArH said... Reply To This Comment

@Abang Stalker tp x rmai perempuan yg nmpk mende ni..depa hanya pentingkan kehendak diri

Rohaizam Rosli said... Reply To This Comment

btol3... sokong lah... besar tnaggungjawab nih... mudahan kita semua mampu melakukan yg terbaek dunia akhirat... insyaAllah~~~

NasZ said... Reply To This Comment

berat tanggungjawab lelaki ni. macam tanggungjawab perempuan gak. setiap jantina ada tanggungjawab masing2.

MOHD NASER.com

Wanz Mejuez said... Reply To This Comment

Perlu ada komitmen dalam diri. Letakkan agama no satu dalam hati. Jangan lah ada yang biarkan mereka bergitu saja. Menyesal pun guna bila mati nanti..

berat juga tanggungan ni kan... Aku Kena belajar lagi ni..

TeAqArH said... Reply To This Comment

@Wanz Mejuez like 100xtp rmai yg letak agama kt kaki...contoh yg langgar hukum tu...senang yg ckp mcm ni...org islam nnt,lpas kene seksa kt neraka,masuk syurga jugak..pergh.menyirap..sebelom ko aseapi neraka..ko g dulu bakar diri sendri