Thursday, August 4, 2011

jom berbuka!!!!

assalamualaikum w.b.t semua.....alhamdulillah...da masuk ari ke-4 berpuasa

haaa...yang dah berada di dapur untuk melakukan aktiviti ketuk-ketuk periuk belanga untuk mengisi perut yang tengah mendendangkan lagu doraemon..tapi..sabar2..pose2....okeh2..serius2...ni entry sequel untuk entry [ JOM SAHUR ]..sebab tu tajuknye pun JOM BERBUKA!!! time berbuka ni memang nafsu serakah untuk makan memang tengah membuak2 macam lava gunung berapi nak meletus...so sume makanan yang dimasak and yang dibeli kite nak sumbat dalam perut yang tengah merintis syahdu untuk diisi...masa ni..kesian kat usus tau....disumbat dengan macam2..tanjat usus tu....so ni nak share ADAB-ADAB KETIKA BERBUKA PUASA :-

1- menyegerakan berbuka puasa apabila masuk waktu(jangan la korang gedik guna alasan ni..p bukak pose bile je azan zohor berkumandang dan mencecah gegendang telinge korang..ni memang mintak kaki la jawabnye)..berdasarkan hadis yang menyebut mengenai perkara ini : drpd Sahl bin Sa'ad bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
 2- berbuka la dengan rutab(kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering), atau tamar atau air. ni hadis yang menyatakan tertib oleh Baginda dimana pilihan pertama adalah rutab,jikalau tiada rutab barulah tamar dan jika tiada tamar hanya air...^_^ Kata al-Mubarakfuri
"dalil ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab,sekiranya tiada,maka dengan tamar,dan sekiranya tiada,maka dengan air. adapun dengan pendapat menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan dengan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam ditolak. ini kerana ia menyanggahi sunah. adapun Nabi telah berpuasa(di Mekah) banyak hari pada tahunpembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air" (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut
 3- menyegerakan solat maghrib selepas berbuka puasa dengan tamar atau air, sekiranya makanan belom dihidangkan. tetapi makruh la lau kita meninggalkan makanan yang telah dihidangkan untuk pergi menunaikan solat maghrib(tapi jangan la kite p makan sampai tersandar lesu kat kerusi tu,pehtu mula la bermalas-malasan nak solat)..berdasarkan hadis yang telah dinyatakan dalam hadis2 baginda Nabi s.a.w antaranya:-
"apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah is sebelum kamu menunaikan solat maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu" (riwayat Bukhari dan Muslim)
4- makan lah dengan kadar yang berpatutan..janagn membazri okeh..jangan jugak membeli atau memasak mengikut nafsu.bertepatan dengan firman ALLAH S.W.T maksudnye:
Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan(Surah al-`Araf:31).

    Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:“Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”
    (Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).
Hadis ini salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w. menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadis ini bukan demikian, pembahagian tersebut ialah had maksimum. Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu Baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.
5- berdoa ketika berbuka - ini berdasarkan pada hadis Nabi s.a.w
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.(Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).
[ SUMBER RUJUKAN ] SILA KELIK SUMBER RUJUKAN UNTUK KE LINK..^_^

bersyukurlah dengan ape yang kite daat sebagai rezeki kita pada hari ini..ada orang yang lebih kurang rezekinya dari kita..^_^

2 kejicacimaki:

Abang Stalker said... Reply To This Comment

kdg2 krn mkn bnd lain,kurma abg x sentuh pun =='


bli mhl2 tp x luak pun..parents je mkn.tu pun x sgt sbb manis,diorg ngilu.

TeAqArH said... Reply To This Comment

@Abang Stalker sbb tu suh makan kurma dulu..baru mkn mende len..tqah lau x mkn kurma dulu..kene bebel..tp tqah ni jenis memilih dlm mkn kurma..hahaha..lucu an??