Friday, November 25, 2011

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum pembuka kata di pagi jumaat yang indah di bumi sintok..matahari pun da mula memunculkan dirinya yang sebelum ini telang dihalang oleh sang hujan...tiada apa yang istimewa untuk aku abadikan di dalam belog ini melainkan sedikit tentang bulan pertama di dalam bulan Islam iaitu Muharam...^_^

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (Shahrul-Ilahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya...

SALAM MAAL HIJRAH UNTUK SEMUA...

p/s- aku amek ni dari facebook..search jgk kat dalam google..lau da ade yg wat,gtaw la...nanti cakap copycat tak bgtau..lau ado,gtaw..nanti bagi la credit..^_^


1 kejicacimaki: