Saturday, November 5, 2011

wukuf di ARAFAH

assalamualaikum w.b.t kepada semua dan salam sejahtera..alhamdulillah..hari ni hari sabtu bersamaan dengan 9zulhijjah1432h..
sama-sama la kita hayatinya....

amacam...ramai kan manusia yang berada di tempat ini...

korang tau mane tempatnye dalam gambar yang aku tepekkan dalam entry aku kali ni?? bagi sape yang tahu alhamdulillah..bagi sapa yang tak tahu,meh aku nak bagi tahu...dalam gambar tu adalah JABAL RAHMAH yg terletak di PADANG ARAFAH....haaa..padang arafah tu ape?? padang arafah tu tempat utk semua umat Islam yang menunaikan ibadah haji menunaikan salah satu rukun haji iaitu WUKUF di arafah...

ape itu WUKUF??  wukuf diambil dari bahasa arab yang bermaksud BERADA DIBUMI ARAFAH walau 1saat sekalipun dan dimana jika kita tidak berada di situ ketika waktu yang ditetapkan,haji kita terbatal kerana ia adalah salah satu rukun haji...

waktu wukuf ni adalah waktu bagi jemaah haji untuk bertafakur dan merenung segala apa yang pernah kita lakukan sebagai insan dan khalifah yang diutuskan oleh ALLAH s.w.t di muka bumi...menyesali segala yang kejahatan,kejahilan dan sebagainya..waktu ini para jemaah hendak berada dekat dengan ALLAH s.w.t dan bersendirian...indahnya nikmat ini..^_^

pada kita yang tidak menunaikan ibadah haji ni,kita disunatkan untuk HARI ARAFAH..
Rasulullah s.a.w bersabda: puasa hari 'Arafah: aku berharap agar ALLAH menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun kemudiannya. (riwayat Muslim)
 dapat kita lihat....disini semua sama tarafnya...semua mengenakan pakaian yang sama iaitu putih..putih yang juga ertinya adalah SUCI,BERSIH..

harapan: semoga aku sempat mengerjakan ibadah haji dan umrah sebelum aku menutup mata..T_T

6 kejicacimaki:

Abg Stalker said... Reply To This Comment

ada org berpuasa arafah hrni. :)

Ila Aqilah said... Reply To This Comment

terima kasih atas perkongsian ni :)
biasa kita tau wukuf di arafah tapi kan tak pernah tau apekebenda nak kena buat..thee

NasZ said... Reply To This Comment

Alhamdulillah. Terima kasih di atas perkongsian.

Ann Ishak said... Reply To This Comment

pasang niat semoga jadi penguat untuk ke sana

napie said... Reply To This Comment

Info yang sangat bagus.

napie said... Reply To This Comment

Info yang sangat bagus.