Sunday, August 28, 2011

raya bakal menjelma!!!!

assalamualaikum w.b.t kepada semua dan salam penuh kasih sayang......

waaaaaaaaa....da agak lama teaqah tak hapdate belog ni sampai dah bersawang dah...jap jap...nak bersihkan erk...yeaaaahhhh..da bersih pun.....ish ish ish..teruk betol tuan belog ni....tinggal lame erk...tuan belog tak pegi mane2 pun cume terpaksa berkongsi lappy dengan adik so terhad la mase untuk bersama....entry tak hapdate tapi jangan la ingat teaqah tak buat aktiviti berjalan-jalan makan angin di belog kawan2 yang sudi menjenguk....dah2...membebel panjang dah ni.....

BILA RAYA MENJELMA akan berlaku bermacam2 la antaranya :-
  • kegiatan pecah rumah oleh manusia yang tak bertanggungjawab - yang balik kampung and ade jiran yang tak balik tu..pesan memesan la..tu gunanya kita baik dengan jiran...
  • kemalangan maut - innalillah kepada mangsa yang terlibat....berhati2 di jalan raya..OPS SIKAP da start an....semoga kite semua selamat sampai ke destinasi..jangan kerana kite nak cepat,orang laen yang menajdi mangsa
  • jalan jammed sedangkan di waktu kebiasaan tak jammed pun - time ni bagi sape2 yang jarang duk dalam jammed,mesti hangin je an...teaqah pun same la..kuantan yang jarang jammed ni tetibe je jammed..adoyai..sabor jelah masa drive tadi..da la takde lesen motor..lau idak..merempit aje....
  • MALL and EKSPO raya memanjang je ramai orang...lagi lagi malam - sape yang buat aktiviti ni di akhir2 ramadan yang mana ramai yang akan kuar bershuping masa ni memang la kategori PENYABAR...sanggup menempuh beratus2 manusia...nasib la teaqah da shuping awal2 lagi..lalala
  • dam dam dum bunyi mercun.... - ni memang da wajib agaknye kat malaysia..pi tiru budaya orang wat pa...biasanya meriahnya bunyi mercun ni bila malam 7likur(10malam akhir puasa)...pehtu mula la jari yang memang mase dilahirkan oleh mak kita sebanyak 20 tu kurang sampai tinggal bape belas jari ja..sanggup erk korang buang jari tu??? ish ish ish( geleng kesal)
  • kampung akan meriah yang amat - time ni memey best ar sebab ramai je sedare mare,sepupu sepapat yang ado....memeng kecoh la an umah kat kampung tu..and syiok la maen masak2 kat dapur tu..^_^
sedih la ramadan akan berakhir dalam beberapa hari lagi..adakah aku masih sempat untuk bertemu dengan ramadan yang akan datang??? bila raya ni,kita akan merasa nikmat lepas kite berjuang melawan segala nafsu yang ada dalam diri kite tu tapi bagi mereka yang tak berjaya tu dan hanya berpuasa kerana adat,adakah BERMAKNA raya mereka????

SALAM AIDILFITRI DARI TUAN BELOG....JAUH DARI SUDUT HATI MEMOHON JUTAAN KEMAAFAN DARI SEMUA YANG SINGGAH KE BELOG INI..^_^ 0-0 YERP...

Friday, August 26, 2011

kite disamakan dengan LEMBU?!!!!!!!

assalamualaikum dan salam penghulu hari...

ade sedikit perkongsian yang diambil dari post2 member dalam facebook..

‎"LEMBU OH LEMBU, KALAU LAH KAU PANDAI BERCAKAP"
Seorang lelaki sedang berjalan dgn lembunya.

Lembu : Aku Makan Rumput. Tuan makan apa?
Lelaki : Aku makan nasi.Kita tk sama.

Lembu : Tuan tidur di mana?
Lelaki : Aku tidur di atas tilam,Kau tidur dalam kandang.Kita tak sama.

tiba-tiba kedengaran laungan azan..

Lembu : Itu suara apa?
Lelaki : Seruan azan mengajak sembahyang.

Lembu : Tuan tidak sembahyang?
Lelaki : tidak. !

Lembu : samalah kita !!
Lelaki : ????????????

so camne??Rela ke kite disamakan dengan binatang??marah??? kompem la..hangat je an...
ALLAH bagi kelebihan kepada manusia yang mana kite dikurniakan akal utk berfikir..tapi kenapa kita masih nak lawan dengan ALLAH???

Thursday, August 25, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #6

"baginda RASULULLAH s.a.w bukanlah idola kite tetapi baginda adalah tauladan kepada semua umat ISLAM"

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #9

rabu dan menjelma lagi....rabu depan da raya ke2..lalalallaa....

Tuesday, August 23, 2011

5sifat mahmudah yang perlu ada dalm diri kita

assalamualaikum w.b.t dan salam kerinduan dari lubuk ati yg nurani ni..cewaaahhh...

aritu teaqah ada cita pasal 8 sifat mazmumah yang ada dalam diri kita( boleh tengok kelik SINI ) antara sedar atau kite tidak sedar...tapi teaqah yakin,sifat tu memang ada dalam diri kita semua..bukan senang nak buang and kadang2 kita tak sedar pun sifat tu ada dalam diri kita..orang sekeliling kita yang boleh nampak,tapi lau kita sombong,kite kompem akan denied kan mende ni an..biasa la tu..manusia...so tanpa buang masa lagi,arini teaqah nak update pasai 10 SIFAT MAHMUDAH YANG PERLU KITA ADA....

1. TAUBAT


- taubat ialah kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :" Dan mohonlah ampun kepada Allah , sesungguhnya ia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani ”.( Surah Al – Muzammil - Ayat 20 )
nak taubat bukan boleh hentam kromo je..mesti la ade syarat2nya..orang sekarang da letak mindset yang salah..xpela aku wat dosa arini..malam nnt aku taubat la..lau sempat..lau mati tgh jalan cmne??? so ni nak tayang depan angpa suma

Syarat-syarat taubat adalah seperti berikut :

- Meninggalkan maksiat atau perkara dosa tersebut.
- Menyesal atas maksiat atau dosa yang telah dilakukan.
- Bercita-cita tidak akan mengulanginya lagi.
- Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi.
- Mengerjakan perkara-perkara fardhu yang telah luput.

kite leh dapat banyak manfaat jika kite bertaubat. boleh tenang hati kite ni tau...
Beberapa faedah dan hikmah taubat iaitu :

- Menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa.
- Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T .
- Meningkatkan ketaqwaan diri.
- Membenteras tipu-daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia
dengan berbuat dosa dan maksiat.
- Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah S.W.T. dalam hidup di dunia
dan akhirat.

kita sebagai manusia kadang2 terleka dan melakukan dosa tanpa kite sedar, yang pada hemat kite takde ape2 pun tp sebenarnya ia bagi efek...tapi jangan la kite sengaja buat dosa and set dalam kepala kite,tiap kali kite buat dosa tu,kite leh taubat...

2. KHAUF (takut)

Khauf bermaksud takut akan Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Dan kepada Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain". ( Surah Al-Baqarah - Ayat 40 )

dalam dunia sekarang ni..teaqah tengok,ramai yang tak takut ke ALLAH...ramai je yang bangga dengan dosa yang mereka lakukan..seolah-olah mereka ni mencabar ALLAH je..dan ramai jer yang pertikaikan hukum ALLAH..tak jugak golongan yang merasakan diri mereka terlebih pandai sampai suke cakap orang sesat....ish3....

3. SABAR

sabar ni kite leh definisikan sebagai menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai.

Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:

- Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu kepada yang lain daripada Allah subhanahu wata‘ala ketika berlaku sesuatu bala atau bencana.
- Menahan diri dalam mengerjakan segala perintah Allah.
- Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah.

sabar ni pada teaqah satu perkataan yang punya 5huruf yang amat mudah untuk meniti di bibr yang tak bape nak mungil ni...mudah nak cakap sabar tapi nak buat tu satu perkara yang macam letak batu atas kepala ni...lagi2 lau kite ni spesies baran...memang sabar ni macam tak lut je dalam diri tu..sikit2 nak melenting...bila di timpa masalah.bukan kita nak sabar tapi kita melenting..menyalahkan takdir..menyalahkan ALLAH dengan apa yang menimpa diri kita..sedangkan apa yang datang itu sekadar ujian dariNYA untuk hambaNYA yang DIA sayang..kan beruntung tu...

4. SYUKUR

syukur,syukur,syukur ya ALLAH syukur,syukur alhamdulillah(antara petikan dalam lagu raihan)...

syukur membawa maksud mengaku dan memuji Allah atas nikmat yang diberi dan menggunakan segala nikmat itu untuk berbuat taat kepada Allah subhanahu wata‘ala.

setiap ape yang dikurniakan ALLAH kepada hambanya samada baek dan buruk kita harus terima dengan gembira....dugaan itu sebagai ganjarang kepada kite...untuk lihat sejauh mane iman dalam diri kita sebagai hambanya....Tiap-tiap nikmat yang diberi oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada makhlukNya adalah dengan limpah kurniaNya semata-mata, seperti nikmat kesihatan, kekayaan, kepandaian dan sebagainya. 

Setiap nikmat yang kite dapat hendaklah disyukuri.lau xreti nak bersyukur tu makna kata kite ni bukan jenis yang mengenang budi..dah la yg bagi nikmat tu ALLAH ta'ala...yang menciptakan kita.so,kite guna nikmat tersebut dengan sebaeknya.jangan sampai kufur nikmat pulak...^_^

5. REDHA

Maksud redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :
- Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
- Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

ramai je yang teaqah tengok suke menyalahkan takdir ALLAH....bile senang,kita sebagai hambaNYA seolah-olah lupe dengan kesenangan yg DIA berikan sehinggakan kite alpa dengan duniawi..kite lupa akan ukhrawi.... bila kesusahan,musibah menimpa diri, mula la sibuk salahkan ALLAH dengan ape yang menimpa diri tu..bukan nak muhasabah diri dengan apa yang berlaku,tapi sibuk tuding jari kar orang laen..x redha dengan apa yang dia dapat..

kita hidup di bumi ALLAH ni hanya menumpang.lau ktia rasa kite hebat,kite sombong dengan ape yang kite ade,kite bangga dengan dosa yang kite buat..ape kata oergi cari bumi laen...lau ade lau...lau x jumpe..sedar2 diri tu sikit ye..^_^




Friday, August 19, 2011

8sifat MAZMUMAH yang ada dalam diri kita

assalamualaikum w.b.t dan salam sayang untuk semua...

syukur alhamdulillah..hari ni masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di bumi ALLAH ini untuk meneruskan ibadah puasa yanga hanya tinggal lagi 10hari..dimana dalam 10hari ini terdapatnya malam lailatul qadar yang menjadi rahsia ALLAH dan kepada siapa DIA nak bagi,itu hanya DIA yang tahu,..kita sebagai hambanya perlu la berusaha untuk dapatkan sesuatu...di sini sedikit perkongsian dalam usaha untuk kite bersihkan hati kite(korang jangan p bedah n cuci lak hati korang tu,kang tak tengok dunia dah).....nak share 8sifat mazmumah yang ada dalam diri kita...^_^


1. Ghadhab (pemarah)

Ia bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan.Sifat pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar. (biasanya org jenis mcm ni mesti kurang kasih sayang,sebab tu kot jd cmni..n for sure dia tak ramai kawan..sian kat dia)

2. Hasad (dengki)

Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.orang macam ni memang xleh tengok orang bahagia...tak tahu ape la yang x kene ngan ulu hati dia yang sibuk nk dengki ngan orang..lau dengki tu dapat duit,tu laen la cite...ish3
Orang yang perangai mcm ni akan sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan (katogeri manusia spesies PHD ni memang ramai la dalam kalangan kite..x kesah la kawan ke hape ke..lau dengki tu bawak ke kebaikan xpe jugak...ni hampeh,dengki,pehtu sibuk jatuhkan orang laen)

3. Bakhil (kedekut)

bakhil yang biasa kie dengar bakhil duit la an..ya ALLAH..kedekut tak hengat...nak bagi sedeqah pun berkire...kite jangan berkire dengan ALLAH..sekali ALLAH berkire ngan kite,tak cukup tanah kau lari nanti..kite kat dunia ni pun menumpang harta ALLAH,yang ang nak kedekut sangat kenapa??? (Spesies ni mesti selalu dapat maki dr kawan2...lau kawan nak belanja,dia la suka sekali,tp time dia, ALLAH YA RABBI...terus xde duit) psst...xnk share ilmu pun spesies kedekut jugak,,,ni pun bengong jugak...sabor je..

4. Hubbul jah (kasihkan kemegahan)

ni jenis sayang ang kasihkan kepada kemegahan, kebesaran dan pangkat.
Perasaan nakkan kemegahan dan pangkat kebesaran tu meluap2 macam lava gunung berapi nak meletus and tros menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah.dari sini lah terjadinya rasuah bagai..ish3...dunia dunia..kita boleh jadi buta hati kerana pangkat...

5. Hubbud dunya (kasihkan dunia)

ni maksud dia..kite ni sukakan benda yang bersifat duniawi..ape yang kite buat ni..hanya nak dapatkan saham dunia ja sampaikan kite terlupa saham akhirat kite nanti....lau malaikat izrail nak jemput kite,leh ke kite tahan dia,minta masa nk p cari amalan utk saham akhirat??x la kan...cube kite cari amalan yang mana bile kite buat dunia dapat akhirat n bila kite buat utk saham akhirat,kite akan dapat dunia jugak..^_^

6. Takabbur (sombong)

ni sifat yang mana kita rasa kita hebat...tak tau la hebat tang mana..tenaga ka?ilmu ka sampai suke sangat cakap orang laen sesat...hebat tang berdebat ka??bila kta da rase hebat dengan apa yang kita miliki,kita akan mula mendabik dada dengan orang laen..bila sombong da menapak dalam ulu hati tu..memang x dpt tolong la..mula la mandang hina kat orang laen..ingat..kite ni hidup kat dunia ni hanya PINJAMAN  ALLAH,sekali DIA tarik....korang pikir la akibatnya

7. ‘Ujub (bangga diri)

maknanya merasai atau menyangkakan diri kita lebih sempurna. Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.
tapi sifat ni dia tak menunjuk2 kepada orang laen...tp ia dibuat utk mendapat pujian..kesian org mcm ni..bukan ape...amalan yg dia buat hanya utk dpt pujian,mmg dia akan dapat pujian tp disisi ALLAH,takde makna..amalan langsung tak diterima...

8. Riya’ (menunjuk-nunjuk)

Iaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.
Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata. ia lebih kurang sama macam 'ujub tapi ujub ia tidak menunjuk2..ia cume bermaen2 dalam hati aje berbeza dengan riya'.tujuan dia buat sesuatu memang dia nak menunjuk2...



jom sama-sama kite ubati hati kite yang sakit tu dan gantikan sifat2 mazmumah ni dengan sifat2 mahmudah..yeah..teaqah admit nak buat sesuatu yang baik ni memang banyak sangat halangan dia dan kita kene la selalu istiqomah dalam melakukan kebaikan...biaq kite buat akhirat kite dapat dunia..biaq org cela kita tapi jangan ALLAH yang cela...cukup la sampai sini..nak merehatkan badan dan minda sebentar..^_^

Thursday, August 18, 2011

SAYA BLOGGER PRIHATIN


SAYA SOKONG TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA IRM dan linkkan ke TABUNG KEMANUSIAAN IRM...

kite hidup jangan mementingkan diri...sedikit bantuan dari kita membawa seribu makna kepada mereka....

KESALAHAN KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH

assalamualaikum w.b.t dan salam kerinduan buat semua..^_^

arini nak share mengenai pentingnya kita membaca al-fatihah dengan betol..mungkin selama ini memang betol yang kita baca..xpe..kite re-check aje....kadang2 kite juga terleka..lagi2 yang jenis spesies solat style patuk ayam...^_^


PENTINGNYA BACAAN YANG BETUL DALAM AL-FATIHAH

Membaca al-fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaanya maka rosaklah solat.oleh itu perbaikilah bacaanya dengan ilmu tajwid,bukan setakat bacaanya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.
 Berikut diperuntukan nama syaitan laknat yang wujid di dalam al-fatihah,sekiranya kita tidak berhati-hati.

 NAMA SYAITAN;
 1.DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH.

 2.HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB.

 3.KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU.

 4.KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK.

 5.KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS.

 6.IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA..IYA bermaksud matahari.

Dalam ayat ke-5 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan"!!!!!!!!

 7.SIROTOL LAZI...sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti.

 8.AMIN...hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat,semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH.semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaanya.

 kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:

a) Alehamdulillah (seolah-olah bunyi 'le')...sepatutnya dibaca, Alhamdulillah....
b) malikiyau-middin...sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ( 'maa' = dua harakat)
c) siro-thol-lazi na a'n a'm...sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a'm...( perhati dlm Quran, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua baru huruf ain (ع)..bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)

saya kopi kucing artikel ni dari kawan saya yang diberi nama ZULAKMAL dalam notenya yang INI

kalau nak cerita pasal surah AL-FATIHAH ni terlalu banyak..sama da kita nak tahu atau kite nak teruskan kejahilan kita....^_^

UNIKNYA NOMBOR 7

assalamualaikum w.b.t dan salam kasih....masih mud bunga-bunga...

semalam hari rabu yang dimana blogger ade wat entry pasal WORDLESS WEDNESDAY and aku jugak tak kertinggalan nak menempek buat mende tu jugak...semalam aku pos gambar ni....
tadaaaaa.....
yang sudi menjenguk dan mengomen tertanya-tanya apa yang ada dengan NO.7 ni...num bertuah ke??? akan hadirnye eleven ke??? sebab 7 kali clash and da jumpe pakwe yang ke7 and macam2 lagi la.sume tu wat teaqah tergelak aje...seronok..macam2 tafsiran kan..tapi tak perlu la kite percaya kepada nombor ni...so arini teaqah nak share pasal menariknya no.7 ni sebab ia juga berkaitan dengan kehidupan seharian kit....sebelum tu..ni ade sedikit perkongsian...
sesungguhnya ALLAH itu ganjil dan DIA suka akan keganjilan dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w,baginda suka menggunakan nombor ganjil berbanding genap dan dalam banyak2 nombor yang diulang-ulang di dalam al-quran adalah NOMBOR TUJUH
1. ketika melakukan ibadah HAJI, kita perlu melakukan tawaf iaitu mengelilingi KAABAH sebanyak TUJUH kali....melakukan SAIE iaitu berulang alik dari SAFA ke MARWAH sebanyak TUJUH kali, melontar JAMRAH sebanyak 3kali dengan TUJUH biji batu...ini ketika ibadah haji sahaja...da banyak mengenai TUJUH

2. ketika SUJUD dalam solat,sebanyak TUJUH anggota yang terlibat(2 tangan,2 kaki,2 lutut 1wajah) dimana jika kita ingkar perkara tersebut,seolah-olah kita tidak mahu sujud kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan.

3. ALLAH menciptakan TUJUH tingkat SYURGA dan NERAKA

4. ALLAH menciptakan TUJUH lapis LANGIT dan TUJUH lapis BUMI

5. ALLAH menghiasi Al-quran dengan TUJUH surah yang panjang...

6. Al-fatihah yang kite baca tiap2 hari dalam solat jugak mengandungi TUJUH ayat

7. dalam ucapan dua kalimah syahadah mengandungi TUJUH ucapan yang merangkumi 1 ayat besar kalimah syahadah iaitLaa Ilaaha Illaa Allaahu Muhammadar Rasuulu Allah

8. ALLAH menjadikan SIANG dan MALAM bersilih ganti selama TUJUH hari

9. ALLAH hiasi UDARA di langit dengan TUJUH lapisan UDARA sepertimana dalam firman ALLAH s.w.t dalam surah An-Naba' ayat ke-12 " ' Diterangkan dalam surah tersebut = Langit terdiri dari beberapa lapisan yang dimulai dengan air,embun,besi,perak,emas,mutiara dan mira delima.Setiap satu lapisan berjarak dalam 500 tahun. "

10. PELANGI ada TUJUH warna. BENUA dunia ada TUJUH..TUJUH mengiku skala PH adalah neutral...kenapa x 4??kenapa x 5???

11.hampir terlupa....nafsu jugak ade TUJUH tingkat...x caye..bace ni..[ KELIK KAT SINI ]
dan banyak agi lau nak carita pasal NOMBOR TUJUH ni...pada teaqah,ianya adalah RAHSIA ALLAH...hanya DIA yang tahu kenapa TUJUH...tak perlu la kite sampai gila nak p kaji..tapi pada teaqah...nombor TUJUH memang sangat UNIK...^_^

so,da terjawab ke soklan korang sume???

SPONTANEOUS THURSDAY #5

assalamualaikum...^_^ semalam rabu..arini kamis...so arini ari untuk.....
SPONTANEOUS THURSDAY

"SAKIT GIGI"

Wednesday, August 17, 2011

ADA SAKA?!!!!

assalamualaikum w.b.t dan salam kerinduan...ececece..mood jiwang je sekarang ni..

opsss..entry nak best je an..tp best ke?ok2..untuk elakkan salah paham...bukan teaqah or sape2 yang dekat ngan teaqah ada saka..ini sekadar perkongsian ilmu....terasa nak wat entry ni pagi2 buta ni(Tak takut ke??? pagi2 ni...ce tengok belakang..hehehe) sebab ade one of my fren mimpi pasal yang menggerunkan..sape yang pandai dalm tafsiran mimpi ni..dia tau la...hope xde ape2 la..juz nak share untuk diri sendiri jugak..sebab kadang2 kita sendiri tak tau yang kita ada saka even kita taknak...nauzubillahiminzalik...

1. Gejala pada waktu tidur:

- Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
- Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
- Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya erjadi dalam keadaan ‘kena tindih’.
- Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
- Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
- Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
- Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
- Berdiri dan berjalan ketika tidur.
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
- Mimpi berada di tempat sunyi.
- Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
- Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).
- Mimpi melihat salib atau gereja.
- Mimpi bertemu paderi.
- Merintih dan menangis ketika tidur.

2. Gejala pada waktu jaga:

- Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengean penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
- Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
- Hilang ingatan dan mungkin mnjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar ‘majnun’. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf’ul.
- Sering lesu dan malas.
- Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
- Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
- Lenguh di sendi-sendi utama.
- Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
- Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. - Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.
- Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.
- Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
- Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
- Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu
- Mudah marah dan panas baran.
- Emosional dan terlalu sensitif.


RUJUKAN DI [ SINI ]

sapa pun antara kite pasti tak mahu ada benda ni sebab ia lebih banyak menyusahkan dari mendatangkan kesenangan..tapi dalam dunia sekarang,kite tak boeh pandang enteng pada benda ni sebab benda ni wujud dan mereka juga makhluk ALLAH,cuma bezanya..kita tak mampu melihat mereka sekarang..dan jagalah diri kita sendiri seperti dalam 
firman ALLAH s.w.t " Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. (Al-Anfaal 8:60)

Wordless Wednesday #8

rabu da dataaaaaaag....so ape lagiiiii.....wordless wednesday laaaa

Tuesday, August 16, 2011

NUZUL QURAN

assalamualaikum w.b.t dan salam sayang untuk sume..arini mood sayang menyayang..hehe

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL QURAN...ini salah satu peristiwa yang kita tahu dalam bulan ramadhan...sedikit sebanyak mengenai NUZUL QURAN..


Sejarah al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

Erti Nuzul al-Quran: 
‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.1

Nama-Nama Lain:

Selain disebut al-Quran, ia  juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain. Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan al-Quran:

1.         Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)

2.Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.

3. Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.

4.Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta  ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).

5.Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.

6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam  kekal terpelihara hingga kiamat.

7. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2 

8. Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.
Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya. 
Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.

PERINGATAN!! 
Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).

sumber rujukan adalah diambil dari [ SINI ]

7 tingkat NAFSU

assalamualaikum w.b.t untuk penyinggah yang melepaskan lelah kat belog ni..^_^


cerita mengenai nafsu ni biasanya pemes ames time puasa la..bukan apa...sebab BAPAK dia kena ikat....tu yang pemes tu..bapak da trening nafsu ni selama 11bulan...so dia jalankan kerja dia...now bergantung kat diri la cmna nak lawan NAFSU ni...arini teaqah nak kongsi mengenai ILMU TASAWWUF...

APA ITU ILMU TASAWWUF??? Tasawwuf adalah satu cabang ilmu Islam yang memberi tumpuan kepada pembangunan rohani Islam. ini rapat dengan HATI ye kawan2 sume...so teaqah nak share TUJUH TINGKAT NAFSU..

1) NAFSU AMMARAH Peringkat nafsu ini merupakan peringkat nafsu yang paling hina dan jahat. Nafsu Ammarah tidak menyuruh sesuatu pun pada diri kita kecuali kepada kejahatan. Orang yang berada di tahap nafsu ini telah dikuasai oleh hawa nafsunya. Apabila nasfu menguasai, maka segala perbuatan dan perkataannya sentiasa terdorong kepada kejahatan dan kederhakaan kepada Allah. Allah menyatakan kejelekan nafsu ini dengan
firman ALLAH s.w.t di dalam surah YUSUF:53 - dan aku tidak membela diriku(dari kesalahan) kerana sesungguhnya nafsu itu suka menyuruh kepada yang buruk kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanku, sesungguhnya Tuhanku Pengampun dan Penyayang.
Sekiranya kita berada di tahap nafsu ini maka celakalah kita. Sebabnya kita tidak akan terlepas daripada seksaan api Nereka Allah. Ini adalah kerana tiada kebaikan pada diri kita. Nafsu diperingkat ini memiliki hati yang penuh dengan sifat-sifat mazmumah Seperti sombong, dengki, mengumpat, mengadu domba, dendam, menghina, riak, ujud, sum’ah, pemarah, pemalas, kuat tidur, kuat makan, malas beribadah, suka kepada kesoronokan dan sebagainya. Mereka telah menjadi hamba nafsu bukannya menjadi hamba Allah


2) NAFSU LAWWAMAH - nafsu yang ke2 ni lebih sikit dari nafsu AMARAH...jika di nafsu amarah kite berasa bangga dengan segala maksiat dan dosa yang kita lakukan,berbeza dengan nafsu LAWWAMAH ini,ia mula berasa kesal dengan segala kertelanjuran maksiat dan dosa serta kekurangan dalam menunaikan kewajipan.. di dalam dirinya terasa seperti ada sesuatu perasaan seolah-olah mencelanya.
firman ALLAH s.w.t di dalam surah Al-Qiamah:2 - dan aku bersumpah dengan nafsu yang mencela(nafsu lawwamah)
3) NAFSU MULHIMAH Bagi tingkat nafsu mulhimah pula sesetengah ulama tidak memasukkan tahap ini dalam peringkat nafsu yang dilalui dalam diri manusia. Tetapi ramai juga dari kalangan ulama terutama ahli sufi yang memasukkan peringkat ini seperti yang disyariatkann di dalam al-Quran,yang bermaksud

Maka diilhamkan kepadanya jalan yang membawa kepada kejahatan dan ketaqwaan

Surah As-Syams:8

Nas diatas pada ammya menjelaskan manusia boleh menerima suatu saranan di dalam dirinya sama ada berunsur kejahatan atau kebaikan. Ini juga menunjukkan diri seseorang sentiasa diilhamkan dua unsur iaitu kejahatan dan kebaikan.

Berdasarkan nas dan sejarah hidup manusia sepanjang zaman membuktikan di dalam diri manusia ada satu daripada dua unsur itu seperti suatu alat yang dapat mengesan suara dari alam ghoib. Fenomena ini adalah reality yang diakui tetapi diragui. Dalam bidang ilmu, fenomena ini diejaki oleh ahli psikologi.
Pelbagai pendapat dan istilah dikemukakan, namun semua kajian meyakini fenomena terbabit sekalipun berbeza dari segi penaksiranyya.

4) NAFSU MUTHMAINNAH
Sekiranya kita berada diperingkat nafsu ini, barulah kita akan terselamat dari seksaan Neraka. Ini dinyatakan sendiri oleh Allah Taala.
Firman Allah dalam Surah Al-Fajr : 27-30 "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan baiknya, kembalilah kepada Tuhanmu dgn engkau berpuas hati(dgn nikmat yang diberi) lagi diredhoi!Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia dan masuklah ke dalam syurga."
Merupakan peringkat permulaan untuk menuju kepada Allah. Tetapi awas kita akan jatuh juga di dalam tipuan-tipuan yang tersangat halus, sekiranya kita tidak berhati-hati. Di antara penipuan-penipuan itu ialah seperti syirik khafi (syirik yang tersembunyi), cintakan kedudukan dan pangkat. Orang yang bernafsu mutma’innah ini dari segi zahirnya nampak cantik iaitu bersifat yang mulia lagi terpuji seperti pemurah, lemah-lembut, bertawakal, zuhud, warak, syukur, sabar, redha. Tersingkap kepada mereka akan rahsia-rahsia ketuhanan, bahkan telah terjadi kepadanya perkara-perkara pelik dan sebahagian dari keramat-keramat. Ia merasakan dirinya telah dinaikkan maqam Iman Al A’zam (Iman Besar). Inilah sebahagian daripada penipuan-penipuan yang perlu kita berhati-hati.


5) NAFSU RADIAH - Nafsu RADIAH ini nafsu dalam diri orang yang dapat mendiamkan syaitan dari dalam dirinya. Allah menurunkan ketenangan ke dalam hatinya. Diri akan menghayati sifat redho dan menjadi maqamnya namun diri masih bimbang dan berasa belum diterima Allah.

6) NAFSU MARDHIAH - Boleh juga berlaku pandangan fana dan ikhlas akan jatuh ke dalam bahaya ujud iaitu hairankan diri. Maka ketika itu hendaklah ia memohon perlindungan daripada Allah dari hal seumpama itu dengan bantuan Syeikhnya. Tanpa bantuan Syeiknya ia tidak akan berjaya. Apabila ia telah kembali fana dan ikhlas , akan ditajallikan kepadanya redha, diampunkan dosanya yang telah lalu, digantikan kejahatannya dengan kebaikan, maka terbukalah segala pintu zauk dan tajalli, lalu tenggelamlah ia di dalam lautan Tauhid dan burung-burung rahsia akan memperdengarkannya nyanyan-nyanyian. Nafsu ini dinamakan nafsu mardhiah.

7)
NAFSU KAMALIYAH - Tingkat nafsu ini adalah tingkat yang terakhir dan yang tertinggi sekali. Tingkat ini jarang dicapai oleh jiwa-jiwa seperti kita. Tingkat ini biasanya dicapai oleh para Rasul, Nabi-Nabi, para Sahabat dan wali-wali besar sahaja. Golongan ini akan meningkat dari darjat fana(binasa) kepada baqa(kekal) dengan Allah Taala sentiasa. Di tahap ini seseorang itu tidak perlu bersusah payah dengan bermujahadah dan berusaha melawani desakan hawa nafsu dan syaitan, kerana sifat kesempurnaan telah mendarah daging dan bersebati dengannya.
Firman Allah: Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan. (Yusuf: 53)

Musuh kita yang paling jahat ialah nafsu kita yang berada di antara dua lambung kita. Kejahatan nafsu melebihi kejahatan syaitan atau iblis. Jadi permusuhan kita dengan nafsu kita sendiri melebihi permusuhan kita dengan syaitan. Namun, syaitan dapat menguasai diri kita melalui nafsu yang berada pada diri kita. Dengan kata lain, nafsu merupakan talibarut atau suruhan syaitan untuk menerangi kita.

sumber rujukan adalah dari [ SINI ]

tertarik dengan statement last tu....MUSUH KITA YANG PALING JAHAT ialah NAFSU KITA....senang ke kita nak lawan nafsu2 jahat ni untuk mendapatkan nafsu2 yang baek(nafsu ke4 hingga ke-7)???untuk diterima ALLAH yang ESA?? tapi kita perlu la berusaha untuk mendapatkan peringkat2 nafsu ini...JANGAN SESEKALI BERKATA KITE BERIMAN ANDAI KATA KITA BELUM DITIMPA MUSIBAH DAN SABAR DAN TABAH MENGHADAPINYA TANPA MERUNGUT.
DUNIA ADALAH PENJARA BAGI ORANG MUKMIN DAN SYURGA BAGI ORANG KAFIR

Monday, August 15, 2011

PERISTIWA di bulan RAMADAN

assalamualaikum w.b.t untuk semua yang sudi jenguk sini walaupun sesaat..^_^

alhamdulillah kita da masuk setgh bulan berpuasa.....tggl lagi 2minggu sebelum kite menghabiskan bulan ini..sayu pulak rasanya..masih sempatkah aku untuk berjumpa dengan ramadhan tahun hadapan..jika kite rajin membaca sejarah2 pada zaman nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat...banyak peristiwa yang berlaku ketika bulan ramadhan ni....lau kite tak tau..meh teaqah nak share kan..^_^ betapa hebatnya MUSLIM dalam bulan RAMADHAN yang MULIA ini..^_^ 

- Nuzul Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.

- Perang Badar berlaku pada 17 ramadhan tahun ke-2 hijrah, dan umat Islam telah mencapai kemenangan.
sama2 kita hayati...bulan Ramadhan,walaupun kite berpuasa setengah hari,bukan alasan untuk kite sentiasa merungut dan malas buat kerja...hanya kerana LETIH,banyak alasan yang mampu kite cipta...tengok pd zaman Rasulullah..berebut2 nak pergi berperang..bukan berperang waktu malam tapi berprang di siang hari,dengan panas terik..^_^

- Pembukaan Kota Makkah(fathu makkah) berlakunya pada bulan Ramadhan tahun ke-8 Hijrah

- Berhala-berhala yang disembah sekian lama di sekitar Baitullah dan Kota Makkah dihancurkan pada bulan Ramadhan tahun ke-8 Hijrah

- Kerajaan Islam menumbangkan kerajaan Parsi pada bulan Ramadhan tahun 15hijrah

- Salahuddin al-Ayyubi mengalahkan tentera salib pada bulan Ramadhan tahun 584 Hijrah

- Mesir dan Syria menewaskan Israel di semenanjung Sinai pada bulan Ramadhan 1393 Hijrah

sama-sama kita hayati bulan yang mulia ini..yang banyak peristiwa yang berlaku di dalam bulan ini....

Sunday, August 14, 2011

DAPAT BONUS bulan RAMADHAN!!!!!

Assalamualikum w.b.t untuk semua...
waaaa..arini baru update 1 entry an..tu pun segmen abg ben..takpe2...malam ni nak teruskan misi..^_^....sape dapat BONUS????? teaqah kah??? kak limah kah???makcik peah ka???ohhh....tidak2...tak tahu la sape dapat BONUS tapi yang pasti..semua umat ISLAM yang menjalankan IBADAH PUASA dengan seikhlas hati dan kerana TANGGUNGJAWAB kita kepadaNYA.....ni hah nak kaborkan..ape BONUS yang leh kite dapat....
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "umatku diberikan LIMA perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika RAMADHAN iaitu: 

  1. BAU MULUT orang yang BERPUASA itu LEBIH WANGI daripada KASTURI di sisi ALLAH
  2. Para malaikat BERISTIGHAR untuk mereka sehingga mereka berbuka
  3. ALLAH memperindahkan syurgaNYA setiap hari dan berfirman 'Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan perlbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadaMU.' (mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat
  4. syaitan-syaitan dibelenggu. tidak dibiarkan lepas seperti bulan2 selain bulan RAMADHAN
  5. mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam ( orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya ).
mengenai bonus kelima ini,ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w.: "ya Rasulullah,apakah itu berlaku pada malam LAILATUL QADAR?" baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya." (riwayat Ahmad)

so kawan-kawan..lau ade yang terbau mulut kawan tu...wat tak tahu sudah..jangan la angpa duk menghina depa sebab mulut depa berbau sedangkan disisi ALLAH yang ESA,mulut yang berbau itu lebih wangi dari kasturi...tapi ni masa bulan ramadhan la...jangan time biasa2 pun...angpa duk biaq mulut busuk...ALLAH itu sukakan KEBERSIHAN..^_^

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK ?

KELIK SINI untuk berlari anak ke tuan punye header

tuan belog akan merayau2 ke belog yang join malam ni okeh..kelajuan internet yang mengalahkan siput yang bru belajar nak mengesot ni amat mencemburui(padahal ade kat kampng).....so jumpe malam nanti ye..^_^

Friday, August 12, 2011

Ben tanya nak trafik free esok tak ?

bismillahirahmanirrahim....assalamualaikum pembuka bicara....
KELIK SINI untuk berlari anak ke belog tuan punye header

RENUNGAN #1

assalamualaikum w.b.t utk semua yg bertenggek kat sini...
da 2ari jari ni malas nak menyumbangkan tenaga da otak da mula menafsirkan kemalasan sedangkan ade je mende nak dikongsikan...arini cume renungan yang nak dikongsikan...
pernah suatu ketika..sedang Rasulullah s.a.w berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat..tiba2 bergenang airmata baginda s.a.w.. para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w.. apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar r.a, baginda menyatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya yang disebut sebagai IKHWANnya.. para sahabat merasa iri hati sehinggakan saidina Abu Bakar r.a sekali lagi bertanya kepada Rasulullah s.a.w.."bukankah kami ini IKHWANMU?.."Rasulullah s.a.w menjawab.."TIDAK.kamu semua adalah SAHABATKU..IKHWANku adalah umatku yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku..aku sangat rindu untuk bertemu mereka.."
Rasulullah sentiasa mengingati umatnya..malah baginda turut bersedih sekiranya umatnya lalai..tapi kite selaku umatnya jarang mengingatinya...jarang berselawat ke atasnya...
MARILAH SAMA2 KITA BERSALAWAT KE ATASNYA....
psstt-ada yang menyamakan antara KAWAN,TEMAN,SAHABAT....Rasulullah s.a.w membahasakan yang rapat dengan baginda sebagai SAHABAT....jom same2 kite tengok ni...[ KAWAN,TEMAN,SAHABAT ]

Wednesday, August 10, 2011

aku sudah JATUH HATI!!!!!

assalamualaikum...salam pagi celik....
WHAAAAAAAAAATTTT!!!!!!! teaqah dah jatuh hati?? kau da kutip ke belom hati yang jatuh tu??lau kau belom,pi kutip cepat...dalam masa sebelom 7saat sbb kuman x sempat nk amek tangga and duk bertenggek kat hati tu..so hati tu tak la busuk..wangi je bak DAWNY PASSION!!!! wangi tu..xleh disangkal lagi..xyah duk sibuk2 nak sembur perfume satu badan sampai buat orang keliling pinggang tu muntah hijau...weekkkk!!!!!
pssstt...sebenarnye teaqah nak gitau yang teaqah sudah jatuh hati dengan MUNIR!!!!! munir mane la sesat dalam hidup ko ni teaqah oit???? ade je kau kan..eheheh..jangan la salah paham..sebenarnye teaqah sudah jatuh hati dengan WATAK MUNIR lakonan ADI PUTRA  dalam cerita KALA TERBIT CINTA...
 
kenapa aku terpikat ngan watak MUNIR??Adakah sebab dia ADI PUTRA???ohhh..tidak sama sekali...bukan kerana dia ADI PUTRA tapi cara pembawakan watak yang ADI PUTRA serapkan dalam watak MUNIR..mestilah ADI PUTRA wat kajian an lepas dapat skrip n goodjob..sangat sukekan watak itu...MUNIR adalah satu watak yang tidakl jahil tentang agama dan seorang yang sangat humble....bila dia bercakap dengan seorang wanita yang bukan ajnabi,dia sentiasa menundukkan pandangan dia....aduhai..sejuknye hati tengok lelaki macam ni sebagaimana seorang lelaki sejuk melihat seorang wanita yang lengkap menutup aurat dan sopan....psssttt...FAUZIAH GOUS atau JULIANA sangat mani betudung...kan seronok melihat dia ke jalan itu..^_^

saksikan drama KALA TERBIT CINTA di TV ALHIJRAH(114 kat astro yg syiok cekik duit tu) pada pukul 12tengah malam(bukan tengari erk,lau korang p cari time 12tghari,sampai bila2 angpa x jumpa)

Gua Mau Manja Manja Sama Lu

sila KELIK SINI berlari2 anak ke belog tuan header niyh..^_6

waaaa.....kau nak manje ngan sape teaqah oit??? ade ke orang nak manje ngan kau hah???adoyai..sentap hati mak nookkkk!!!! waaa...lau korag sume nak tau aku nak manje ngan sape...KELIK la caption bawah gambor tu...lalalala...

Wordless Wednesday #7

assalamualaikum...da masuk hari rabu...yey....


Tuesday, August 9, 2011

TAHNIAH 'pembaca wacana,ben ashaari,ujang+yana'

assalamualaikum w.b.t kepada semua yg menyinggah disini untuk melepaskan lelah disini...

kenapa lak teaqah nak ucapkan tahniah kat mereka berempat nie???jap..jap..korang dalam kalangan blogger kenal tak name2 yang den sebut dalam tajuk entry tuh???APE?!!!TAK KENAL???BIAQ BENAR???lau tak kenal..meh den nak bg kenal...tapi den bg link ja erk..nak describe kang panjang bebenor...[ pembaca wacana ],[ ben ashaari ],[ ujang + yana ]dorang sume menang cabutan bertuah ke??durian runtuh(sakit tak??)? atau sebagainya???? ohh..tidaaaakkk..tidaaaakk...

teaqah nak ucapkan TAHNIAH untuk mereka berempat yang bergelar blogger ni kerana bakal menggalas tanggungjawab baru dalam kehidupan mereka..pssss..YANA ni wife kepada UJANG...sbb tu dalam tajuk tu ujang+yana..hehehe...jangan mare...
ape la tanggungjawab yang bakal mereka semua bakal terima??semestinya la tanggungjawab menjadi IBUBAPA..jangan kita semua ingat ni satu tanggungjwab yang ringan(bagi mereka yang merancang untuk kawen awal tapi takut nak pikul tanggunjawab)...oh.tidak..ia satu tugas yang berat..perlu bersedia dari segi rohani dan jasmani....

mereka berempat akan mempunyai junior masing2..seronoknye an....dan rezeki mereka di bulan ramadhan karim ni...^_^ tak percaya ke cakap teaqah ni?ingat sebar gosip ke??tak cayo?? baca ni entry ni [ UJANG ],[ PEMBACA WACANA ], [ BEN ASHAARI ]..teaqah doakan sepanjang isteri blogger2 ni tengah mengandungkan anak sulung mereka plus junior masing,kandungan isteri mereka selamat dan dalam kesihatan yang baek...buat la amalan2 yang tahu...dalam belog bro WACANA ade share...
 semoga anak yang bakal dilahirkan oleh isteri kepada 3 orang blogger ini akan menjadi anak yang soleh dan solehah....dan akan membanggakan ibubapa mereka..^_^

Monday, August 8, 2011

TANAH RUNTUH di CAMERON HIGHLANDS

assalamualaikum w.b.t kepada semua...

perut ni da mendendangkan muzik keroncong la....baru pkol 4.30...adoyai...makanan basah takde la dalam peti ais tu nak wat ketuk2 kuali....okeh..back to da topik....sedang kite asyik menyambut kedatangan bulan ramadhan dan denga gembiranya menunaikan ibadah puasa...satu kejadi tanah runtuh telah berlaku di TANAH RATA,CAMERON HIGHLANDS,PAHANG....kejadian yang berlaku kira2 5.45 petang semalam..tnah runtuh berlaku akibat hujan lebat...5buah rumah yang terlibat dengan kejadian ini tetapi hanya 3buah rumah yang tertimbus...untuk pembacaan yang lebih lanjut..[ KELIK HARIAN METRO ]
sekitar operasi menyelamat...
kat tv3 td pun berita terkini mengenai tanah runtuh ni....tadi tak alert jumlah mangsa sebenar...ade pihak telanh menyumbangkan dana untuk membantu mangsa....JAKEL akan memberikan bantuan sebanyak RM1000 untuk setiap keluarga yang terlibat dengan kejadian ini....diharap keluarga yang terlibat dan kehilangan ahli keluarga sabar menghadapi ujian yang datang dariNYA...
rezeki mereka meninggal dalam bulan puasa..bulan yang mulia ini

kad raya datang lagi!!!!

assalamualaikum w.b.t.
alhamdulillah..da masuk ari ke8 kite berpuasa..sedar tak sedar an..da masuk minggu ke2...nnt..pejam celik pejam celik..da minggu ke3..so kat sini...teaqah nak ambik kesempatan la....cik debab ingat nak BAGI KAD RAYA pada siapa yang SUDI menerimanya....
bukan ape...teaqah tengok sekarang..budaya bagi kad raya ni semacam dah dilupakan aje...sedangkan seronok la bile kite ada kad raya ni..ada kenangan...yes...teaqah admit yang sekarang dunia makin maju..segalanya di hujung jari....paling ramai wish kat henset...tu tanda ingat la kan..pehtu line bz n sending failed..pehtu salahkan pihak komunikasi tu.adoyai..da lau berpuluh ribu duk antar msg raya..x ke jammed sistem tu..
so lau takde yang lame..takkan ade yang baru..so teaqah ingat nak bagi kad raya jugak la...tapi pada yang awal komen jelah..xdela GA ke KONTES ke...juz saje2...penghargaan pada sape yang sudi jejak sini...
 kad yang bakal di pos nnt bukan la seperti di atas...teaqah x kretip tang ni..so beli jelah nanti..ni sekadar tempekan..^_^

apa yang membuatkan teaqah terasa nak bagi kad raya sebab tadi teaqah dapat kad raya dari jeng jeng jeng..
terkejut gak tadi bile dapat surat untuk diri sendiri
masa ni ingat blackmail LA. gerun dah ase time ni..bukak2 upenye kad raya dari abg EQ...thanx rq abg eq sebab sudi pos kad raya...^_^
sape nak..tinggalkan alamat korang di email natiqah.nadzari@gmail.com...
10 yang TERAWAL SAHAJA!!!!!

Sunday, August 7, 2011

jom UNDI PALESTIN

assalamualaikum w.b.t untuk semua....
rindunye kat belog..semalam langsung tak hapdate sebab ade di kampung untuk berbuka puasa bersama atok dan nenek..kompem2 la takdo lappy sebab tu tak berhapdate.....okeh2....mengenai tajuk entry...
'Minta tolong semua rakyat Malaysia. Google sedang menjalankan vote sama ada ingin menamakan Israel ataupun Palestin dalam peta Google Earth. Israel kini mendahului.. Anda ambil berat kan? Mari ramai ramai undi untuk Palestine!'
SAPE YANG JENGUK ENTRY NI,WAJIB KELIK LINK NI !!!!!!!
jom la kite pakat2 undi...lau kita tak mampu nak memberi bantuan dari segi tenaga ke..at least kite dapat membantu dari segi ni...kita semestinya tahu..ISRAEL tiada negara...kenapa mesti letak tu dalam GOOGLE MAP???x patot...so jom kite jalankan tanggungjawab kite sesama ISLAM..bantu membantu amalan mulai...

BEN ASHAARI AJAK KENAL BLOG INI

KELIK SINI untuk berlari2 anak ke belog tuan gambar

sedikit sebanyak(sikit ke byk ni??konpius2) latar belakang(bukan tulang belakang) belog ini
ia selamat dilahirkan bukan dengan care pembedahan pada bulan 4 2010...da lebih setahun..tapi belog ini betol2 menyumbangkan lagu penulisan yang biasa je pada tahun 2011..belog ni mengadungi entry2 yang berkaitan muhasabah diri,diri sendiri,pemerhatian,kelucahan dan sebagainye..^_^ nak taip panjang2 boleh tapi perut ni da menjerit2 dan periuk belanaga da menyeru2...so lepas terawih akan mula terjahan kat belog2 yang join segmen ni..^_^

dapat tau pasal segmen ni dari belog si merah jambu SALWA ISMAIL 


URL belog yang teaqah baru terjah:- hope korang pun sudi terjah ye...^_^
1- http://mohdnaser.blogspot.com/2011/08/segmen-ben-ashaari-ben-ashaari-ajak.html 

  • belog ni biru same cam belog teaqah au..sonok2...pehtu entry2 dya santai..belog pun tak berat..senang je nak loading..^_^