Monday, October 1, 2012

anak,ibu dan bapa

assalamualaikum w.b.t and selamat malam semua..malam ni rasa badan penat sangat and betol2 rasa tak sihat..tapi ade tugas yang perlu diselesaikan..biarlah badan x sihat sekalipun...

malam ni rasanya nak kongsi sesuatu pasal anak2 dengan ibubapa..TERUTAMANYA ANAK PEREMPUAN.. biasanya, selagi anak perempuan tak nikah ni, pergerakan mereka masih terbatas..nak kemana2 biasanya mesti dipantau...lagi2 bila anak perempuan mereka nak keluar jauh dr rumah utk keluar enjoy dengan kawan2...

mungkin kita sebagai anak rasa terkongkong dengan ape yang parent kita buat tu..tu x boleh,ni tak boleh...kita hanya tahu ikut kehendak hati kita..kita tak fikir macam yang mak ayah kita fikir..kita ni anak dia,if something happen to us,siapa yang akan susah hati semua?? ofcoz ofcoz parent kita..tapi kita tak nampak semua tu..yang kita nampak,kepuasan kita,kehendak kita tu tercapai...kita dapat enjoy2...

aku boleh cakap sebab aku da lalu semua ni..lau aku tak lalu,tapi aku berkongsi,maknanya aku berbohong pulak dengan pembaca2 blog ni.tak nak la aku tanggung dosa berbohong pulak...

mungkin bila kita da ade anak sendiri,kita akan paham ape yang parent kita rasakan,fikirkan...buat masa sekarang,kita ikut la cakap mereka..selagi mereka ada..kita ni hidup berbakti pada ibu bapa...redha ALLAH terletak pada kedua ibubapa kita.. :)

ihsan dari google

Sunday, September 30, 2012

bertemu untuk berpisah :)

assalamualaikum w.b.t... aku akui aku memang malas...tapi arini juz a simple entry aku nak post...bout bertemu dan berpisah.. :)

kita bertemu untuk kita berpisah.. samada kita berpisah sementra atau selamanya.. bila mengenangkan perpisahan, ia menimbulkan satu perasaan yang memeritkan bagi sesiapa saja even ianya perpisahan sementara,yang mana kita tau kita masih boleh bertemu di mana2... tapi itu lah lumrah kehidupan yang setiap dari kita perlu lalui..nak taknak,kita kena juga tempuhi semua ni..

biarlah kasih sayang yang kita pupuk terus mekar didalam hati biarpun perpisahan berlaku,,biarlah roh kita sentiasa bersatu dan merasakan mereka yang jauh sebenarnya dekat dengan kita,,sebenarnya hampir dengan kita..sampai masa nanti...kita tetap akan bertemu kembali.. :)

dari belog seseorang dengan sumber ihsan dari google.. :)

p/s: kita datang untuk kita pulang kembali...bersediakah kita untuk pulang menghadap ILLAHI?

Monday, September 24, 2012

sambungan entry siapa yang tolong iblis?? and the end

10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai Muhammad, aku tak boleh menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."


Artikel Berkaitan : Kisah Syaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w

#DIKUTIP DARI SYAJARATUL KAUN, DOKTRIN TENTANG PRIBADI MANUSIA PILIHAN, MUHAMMAD SAW, YANG DITULIS OLEH ASY-SYAIKH AL-AKBAR MUHYIDIN IBNU ARABI ABDULLAH MUHAMMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN AHMAD BIN ALI AL-HATIMI ATH-THA'I AL-ANDALUSIA), 17 RAMADHAN 560 H - 22 RABI'UTS-TSANI 63

Sunday, September 23, 2012

siapa yang tolong IBLIS???

entry sambungan SAPE NAK TEMANKAN IBLIS??

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?

sapa nak TEMANKAN IBLIS??

sambungan entry SIAPA YANG IBLIS BENCI?? 

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tetamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."
 

siapa yang iblis BENCI??

sambungan entry KISAH IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara'"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar(subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."


p/s: adakah kita tercalon dalam senarai diatas??

entry panjang thats why buat part by part

kisah IBLIS

KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku."

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

Monday, September 10, 2012

cuci sawang

assalamualaikum w.b.t... weyhhhh....menda da jadi kat blog aku ni?? bukan setakat berhabuk,labah2 pun da pandai da buat sawang kat sini.. ni lah jadinya bila penyakit 'M' menular dalam urat saraf ni hah.. ada masa pun aku akan cakap takde masa.. so,aku mengaku jelah yang aku MALAS nak update blog ni.. yang sebenarnye, bukan la aku takde idea nak buat entry,ada je tapi....idea tu mesti datang bila aku tengok situasi sekeliling...time tu jugak laptop memang takde depan mata..duk tangguh tangguh,sudahnye..takde ape2 update...

Friday, June 15, 2012

Tak Sedar Diri!!!!

aku selalu dengar orang cakap macam ni...

"ko ni time susah baru nak ingat kat ALLAH.time senang, kau lupa kat DIA, kau buat macam2 yang DIA larang"

pada aku la kan...bersyukur la orang macam ni masih ingat ALLAH, masih tau dia ada ALLAH tempat dia nak mengadu time semua orang duk salahkan dia ka hape.. 

dari orang yang senang dia tak ingat ALLAH, time susah sibuk duk salahkan ALLAH, duk cakap ALLAH tak sayang dia la,,apa la..duk menyalahkan ALLAH tak habis2..diri dia dah sempurna gamaknyaaaa... 




Natural Beauty Contest II - Abg Stalker

secara jujurnyeee...rasa da setahun kut tak join mane2 kontes...rasenye arini rajin nak joging kat belog kawan2 yang sudi jenguk kat belog kusam ni.. ^_^

sila kelik SINI, SINI,dan SINI untuk ke blog tuan punye di atas ni...

kategori 1

aku tag dua orang kawan aku ni...

p/s-tak tau qualified ke idak sbb pakai spek.. to abg Stalker da puas belek gmbr..
sume yang pakai spek...sbb tak bape nak reti la nak bukak spek time amek gambor ni..
lau x kualified, boleh gtaw x..mane tau sempat nk letak gambor laen keee..yeeee

Cinta yang dipersalahkan

apa ni?? apa ni?? LOVE IS CINTA

Assalamualaikum... salam sejahtera kat awok awok semua yang sudi jenguk belong usang yang da banyak sawang-sawang yang nk kene buang... petama-petamanye, aku nak ucap banyok2 la terima kasih sebab sudi jenguk belog ni walaupun selama 0.0000043saat.... itu pun da sangat bermakna bagi .. ^_^

sekarang minggu tension sebab tengah final kan..so saja jari2 yang tembam nak exercise kat keyborad keyboard ni.. asyik exercise untuk assignment jeeee kejenyeee....arini nak bebel sikit pasal CINTA...(awat da xda menda lain ka ang nak bebel???) 


penah tak korang dengar orang cakap CINTA ITU BUTA ??? sape cakap tak pernah tu,,rasa macam tak bape nak percaya laaaa... CINTA ni satu perasaan yang cukup bermakna pada seseorang..dia mengajar kita erti gembira,sedih,ketawa,menangis,dia beri kita bermacam2 masalah sepanjang kita dalam CINTA... ini juga mengajar kita tentang kehidupan..

kita selalu cakap CINTA ITU BUTA,,, cinta tak kenal siapa.. sekali kita da cinta, kita akan cinta..tapi sekali da benci, jahanam la jadinyeee... segala macam kite buat untuk puas... CINTA ITU TAK PERNAH BUTA, SENTIASA CELIK...kita sebenarnye yang BUTA, tapi kite letak BUTA tu kat CINTA...tak rasa bersalah ke?? CINTA tu perasaan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada kita...

kita membiarkan AKAL membuat keputusan tanpa meminta pendapat dari HATI, kita biarkan HATI buat keputusan tanpa pertolongan dari AKAL...bila kita buat satu keputusan yang salah..kita salahkan apa sahaja yang ada disekeliling kita..kita taknak tu salahkan diri sendiri...sampaikan satu perasaan yang suci tu pun dipersalahkan.. 

so, sudah2 la salahkan perasaan tu..tuding jari kat diri sendiri..cakap depan cermin...apa sahaja yang terjadi sepanjang tempoh kita bercinta tak kira dengan siapa2 pun..jangan la kita salahkan sesiapa sekiranya sesuatu terjadi..ianya datang dari kita sendiri tanpa kita sedar.. ^_^  

CINTA ITU INDAH

Saturday, May 12, 2012

kesempurnaan

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera serta selamat petang semua..buat entry ni time tengah tension dengan asignment seminar in banking...ase cam nak hantuk2 kepala kat dinding(buat la kalau berani,sape kau nk hantuk...Allah bagi suh jage..bukan rosakkan...dush dush) sebab nak mengkaji bagai...hahaha...

petang yang redup dengan angin sepoi2 bahasa membelai pipi aku ni, aku rase nak menaip pasal kesempurnaan la.. kesempurnaan ni biar la kene pada tempatnya.. untuk assignment, kita aku cube sehabis baek untuk buat sesempurna mungkin untuk dapat highest mark dari lect kan..ok la tu...dan nak cari kesempurnaan ni biarlah kene pada tempatnya..

tapi dalam kehidupan ni, rasanya takde yang sempurna..tak perlu mengejar kesempurnaan sebab akhirnya nanti kite sendiri yang akan kecewa.. kite bagi contoh la..kite meletakkan ciri-ciri untuk kite kapel(senang cite calon suami dan isteri korang la)...sampai bila la agaknya kita akan jumpe semua ciri-ciri yang kita nak tu kan.ntah..pada aku,aku takkan jumpe sampai mati pun lau aku letak syarat macam2.. sebab biasa la..time bercinta,semua manis..nak tunjuk perangai sebenar memang tak la..melainkan da kawen and duduk serumah..

kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita miliki..usaha untuk dapat yang lebih baik itu bagus..tapi janganlah mengejar kesempurnaan.. sekiranya kite mengejar kepuasan,sampai sudah pun kita takkan puas..itu memang sifat manusia..tak pernah merasa puas...(tapi tak semua manusia mcm tu yeeeee)

sekadar hiasan untuk entry ni semata-mata

Friday, May 11, 2012

khas untuk lelaki masa depan saya

assalamualaikum w.b.t .... entry malam ni memang khas untuk encik lelaki masa depan saya..pada sapa yang taknak baca, takpe2..tak kesah pun..pada sape nak menyampah, pun takpe..takde halangan di pihak saya sebab saya tahu susah nak puaskan hati semua orang kan... so ni belog sape?? belog saya kan..so terpulang saya nk post ape..tapi tanpa anda yang sudi menjenguk belog ni,ape lah nak jadi kat belog ni kan... THANK YOU VERY MUCH!!!!!

awak, da dua tahun usia perhubungan kita.. masih muda kan lau kita samakan dengan umur manusia.. masih mentah... tapi pada saya, usia sesebuah perkenalan (sebab kite berkawan dalam masa 2bulan saja and perkenalan kite melalui fb kan awak..) tu tak menjamin untuk kite kenal pasangan kite sebaiknya...dah 2tahun ni, saya akui, saya masih belum cukup memahami awak tapi saya cuba untuk memahami awak, menerima awak seadanya diri awak sebagaimana awak menerima saya seadanya saya.. siapa saya dulu tak pernah menjadi persoalan pada awak, kerana kita tahu kan.. untuk mencintai seseorang, kita TIDAK MEMERLUKAN SEBAB..dan awak da buktikan awak tak perlu sebab untuk awak mencintai saya..

bukan wang ringgit yang saya nak dari awak, bukan harta-benda yang saya nak awak beri pada saya.cukup awak menyintai,menyayangi dan mengasihi saya sedalam-dalam hati awak.. saya behagia bila awak berikan saya barang yang awak sayang..yang awak taknak bagi pada orang lain, tapi awak bagi sy..awak tau yang saya sangat mementingkan sentimentel value.. tak kesah ape orang nak cakap, saya tak peduli..sebab duit semua tu tak boleh bagi saya kegembiraan...

awak,walaupun awak pernah tinggalkan saya suatu masa dulu, pernah buat saya menitiskan airmata untuk perpisahan yang kita tak minta, takdir ALLAH buat kita bertemu semula, kerana DIA saya maafkan awak tanpa terpalit sedikit dendam pun... terima kasih kerana hulurkan kembali cinta awak kepada saya..terima kasih kerana bagi saya beberapa kejutan sepanjang kita bersama semula...saya anggap segala yang datang dalam hubungan kita ni, adalah penguat hubungan kita..untuk tengok bagaimana kita hadapi ujian dalam hubungan ni..

awak adalah yang teristimewa pada saya.. saya tak perlu lelaki yang sempurna untuk menyempurnakan hidup saya sebab saya tahu takde manusia yang sempurna dalam dunia ni...awak pelengkap saya, dan saya adalah pelengkap awak..saya tak perlukan syarat untuk mencari lelaki yang bakal mendiami kamar hati saya..cukup la dia mampu membimbing saya menuju ke jalanNYA.. awak, saya harap kita mampu untuk terus hadapi apa sahaja yang datang ye..saya taknak awak mengalah macam dulu..saya taknak awak buat lagi sekali percaturan yang sama...

untuk lelaki masa depan saya, saya akan terus menanti dan menanti dan sentiasa perhubungan kita kekal hingga ke alam perkahwinan..kekal hingga ke akhirat sana.. SAYA NAK MENJADI YANG HALAL KEPADA AWAK....

<3<3<3TERIMA KASIH ATAS HULURAN CINTA AWAK PADA 1 MEI 2010<3<3<3

Monday, April 16, 2012

mansuh PTPTN!!!!?????

assalamualaikum w.b.t untuk semua yang sudi menempek lagi kat belog yang sangat suam-suam kuku...tak mau bagi banyak alasan nape tak update..jujurnye MALAS walaupun ade je idea nak dicurahkan kan dalam belog sendiri tak kesah la personal atau tak...

sekarang heboh kat facebook and media pasal nak mansuh PTPTN ni...almaklumlah...PRU13 da makin menunjukkan dirinya... ok..jujurnye tak minat nak berbicara mengenai politik malaysia walaupun kite sebagai seorang rakyat perlu mengambil tahu mengenai politik di negara sendiri.

pada pendapat peribadi aku la kan...tak perlu la nak MANSUHKAN PTPTN ni...if mintak takde faedah dikenakan tu boleh diterima akal..tapi ni berdemo bagai mintak mansuh PTPTN and ayat paling best MEWAKILI MAHASISWA LAIN(aku tak termasuk dalam golongan suara mahasiswa ni erk)..sangat x mewakili diri aku..aku takde masalah pun dengan PTPTN ni sampai nak mintak mansuh...

at least PTPTN ni da bantu aku untuk kurangkan beban perbelanjaan parent aku terhadap aku..boleh tumpu kat adik2 yang lebih memerlukan..lepas tu pulak..ade yang minta yuran pengajian di ipta dihapuskan dengan alasan pendidikan bukan untuk diperdagangkan..ape ke cerdik sangat mahasiswa2 sekarang??? tolong la..korang nak ilmu tapi korang taknak bayar..korang nak facilities kat ipt korang best tapi korang mintak yuran dihapuskan... tak yah marah la lau orang cakap mahasiswa kita ni mentaliti kelas ketiga...

yang jenis cakap hebat tu..prove it..belajar rajin2..dapatkan first class honours..jadikan PTPTN tu biasiswa..senang cite..tak payah nk demo bagai...nak dimanjakan sangat dengan semua benda korang nak free..ni dasar manusia tak tahu bersyukur la ni..

btw..korang da sign kan agreement PTPTN ni..korang bayar jelah erk..dulu sebelum sign tak nak pulak korang pikir hutang2 ni...da jadi macam ni bising pulak kan..

jujur la aku cakap..ko nak sesuatu ilmu tu..ko perlu berusaha untuk carinya walau berapa duit sekalipun ko abiskan...takde mende free la kat dunia ni.lagi-lagi dunia sekarang yang mana duit memainkan peranan penting...

sudah2 la bising pasal PTPTN ni..baek korang amek buku..baca..buat assignment ke hape ke...and get ready untuk final nanti...

p/s-pada adik2 yang bakal masuk U nanti...pikir baek2 sebelum sign agreement tu...jangan da sign nnt jadi macam ni pulak...biasiswa and pinjaman pendidikan negeri pun ade...so pilih yang terbaek...

Sunday, March 4, 2012

PSSCM di NST

al hamdu lillah.. pada 25/2/2012 baru ini...kami di pihak PSSCMUUM menerima jemputan dari PSSCMUSM untuk mempersembahkan demo gabungan bersama 2 lagi ipt laen iaitu UITM P.P and UNIMAP.....

walau ada beberapa masalah yang dihadapi..kami semua dapat buat yang terbaik di MALAM PENDEKAR di USM... sangat teruja dengan penonton yang membanjiri Dewan Tuaku Syed Putra pada malam kejadian...penuh dewan tu dengan penonton tidak kira lah dalam kalangan ahli silat sendiri atau orang luar... 

dan tak sangka mendapat liputan dari News Straits Time(mane akhbar melayu erk?? sedangkan silat si bukan ke warisan bagsa melayu?? no komen...) ni antara gambar2 yeditor tu masukkan dalam liputan tersebut. ^_6

untuk berita selanjutnya...korang leh baca kat sini... http://www.nst.com.my/streets/northern/the-broadening-appeal-of-silat-1.54739






belajar seni mempertahankan diri itu sunat...menjaga diri itu wajib... ^_^ 

jangan ingat kami takda perasaan!!!

assalamualaikum w.b.t.... salam sayang pada semua... ^_^ terharu rase masih ade yg singgah walaupun x bace entry.sekadar berblogwalking di belog ni..tapi masih terharu.. baru terperasan..comel jugak entry aku udate tiap2 bulan..mentang-mentang mood kemalasan melanda..boleh pulak sebulan sekali je aku update?? biaq benar??? tapi itulah kebenarannye...

ok..back to the title of the entry(biar la english caca marba sekalipun...ada aku kesah??)

G.E.M.U.K
perkataan kat atas tu nak aku ungkaikan tak maksud dia?? nak ke idak??? rasanya tak perlu kot...sebab semua sudah sedia maklum dengan perkataan tu... satu soalan nak bagi pada sapa yang sudi baca entry ni lah kan... agak-agak korang la kan, sape yang suke dikatakan GEMUK?? tolong la jawab..sebabnye nak sangat jawapan yang bernas...

untuk diri aku sendiri..sejujurnye..dari hati yang paling dalam..yang paling dalam la..tapi tak tau la dalam mana.. sangat tak suke bila orang panggil ke, mengejek ke and so on la dengan perkataan di atas yang berwarna merah yang besar gedabak tu.. yes...aku admit..aku masih mampu tersenyum bila dengar orang gunakan perkataan ni kat aku sebab aku tau ianya hakikat.. tapi golongan macam kami ni tak de perasaan ke??? tak mampu untuk terasa? adakah dalam hati kami selari dengan di wajah kami..wajah senyum bila dipanggil sebegitu..adakah di hati jugak tersenyum??

kompem la tidak selari..mungkin pada zahirnya nampak tak kisah..pada batinnye?? sendiri mau ingat la... kepada yang perasan diri mereka HENSEM, CANTIK ,KURUS and so on la... ingat la...ALLAH tu maha adil... korang tak selamanya kekal dengan sebegitu...sekali DIA nak uji hangpa... angpa nak kata apa?? meraung pun tak guna..da jadi kan... so setiap yang hidup kat muka bumi ni..ade perasaan dia...

memang kita tak perfek sampai kita tak melukakan hati orang tapi untuk yg sensitip macam ni..pandai2 la jaga adab dalam berkawan..jangan sampai putus kawan sebab mende macam ni.... ^_^ 


panggil la kami ngan panggilan yang sodap di dengar... ^_^ baru la senyuman yang hadir di wajah tu adalah ikhlas datang dari hati... ^_^

p/s- sangat terasa lau orang cakap macam ni.. ' kenderaan berat ikut kiri '

Saturday, February 18, 2012

inilah yang dicari-cari

assalamualaikum w.b.t untuk semua yang tersayang yang sudi lagi jejak sini walaupun dah berabad tak update belog ni..ok..ni tipu..baru sebulan lebih... macam biasa laa..alasan tak update...malas + sibuk dengan latihan... ^_^

by the way...semua orang tahu kan... semua mahasiswa ade terima viucher untuk pembelian buku yg bernilai RM200.. damn..aku tak terkecuali la dapat manfaat tu...dalam kepala ni da plan da nak beli ape kan..opcoz la taknak beli buku untuk belajar tapi bukan bermakna nak beli buku untuk enjoy2... and..

al hamdu lillah.... saya da jumpe buku yang dicari2...sangat tragis untuk mendapatkan buku ni.. menggagau cari kat semua kedai kat kuantan yang terima voucher buku.. tapi satu kedai pun takde... rase nak menitiskan airmata darah je... tapi aritu masa ade urusan di negeri sembilan... saje la mencuci mata..memaksa MR.A menemankan saya ke kedai buku untuk mensurvey kan diri untuk mencari buku tu... at last...saya jumpe jugak..tapi sedih lagi..saya tak beli sebab saya taknak bawak beg berat2 sepanjang latihan untuk pertandingan nanti...

abis je pertandingan... saya pegi semula ke MPH,jusco seremban untuk membeli dan menjadikan buku itu hak milik mutlak ATIQAH NADZARI.. and saya berjaya membeli buku itu dengan menggunakan voucher walaupun kene ngepau MR.A untuk tambah lagi duit sebab lebih pulak voucher tu... hahahahaha....

 inilah buku yang dicari2 sampai nak menangis sebab tak jumpe kat kuantan..sedih btol...

p/s- next mission..pencari buku IMAM-IMAM YANG BENAR... kali ni pencarian hanya disekitar kedah.. ^_^

Tuesday, January 3, 2012

sudah la sudaaaaahhhhh

assalamu'alaikum w.b.t. selamat petang dan selamat hari selasa..... korang semua sihat dak??? diharap sihat sentiasa... sape yang tengah final exam tu,sila angkat ibu jari kaki!!!!! wish u all best of luck..termasuk la diri sendiri...^_^

waaahhhhhh..sekarang ni aku tengok kat fb kecoh pasal si genius kite NUR AMALINA CHE BAKRI....heh korang sume...tak payah nak sibuk2 hal dia..tak payah nk mengata dia macam2 laaa..nasihat tu aku leh terima lagi tapi sampai da hina2.ape kess???? korang sume tu sape?? dia ade buat salah ke ngan korang?? takde kaaannnn...so mak nak pesan..tak payah sibuk mengata..tak payah sibuk nak post gambar dia dalam blog/fb and so on laaaa..wat menambah dosa diaaa..wat menambah dosa korang tau...

korang tak layak tau nak hina dia macam2..korang hina dia,korang dosa tau..korang kene mintak maaf ngan dia tau...KITA,BUAT SALAH DENGAN ALLAH S.W.T,KITE BOLEH MINTAK AMPUN,DIA AKAN MAAFKAN..TAPI UOLSSSS....BUAT SALAH NGAN MANUSIA NI..KENE MINTAK MAAF DENGAN ORANG YANG KITE BUAT SALAH TU..agak2, kak amalina kite tu kenal ke uols2 sume yang mengata dia?? nak mati nanti susah tau...insap2 laaaa...

yang duk tayang gambor dia tu..buang2 laaaa..xde pekdahnyeee korang tayang gambar tu walaupun kat fb kak amalina ni ade...yang tengok dosa,yang mengata dosa, yang tayang pun dosa,tuan punya gambar pun dapat dosa....x kesian ke uols??? mak kesian nok... kite tak mampu tegur dia berdepan..tegur dengan hati....masing2 kite doakan dia kembali ke pangkal jalan...kurang2 da lepas tanggungjwab kite kan walaupun kite tau itu tegur yang selemah2 iman..sekurang2nya kita berusaha dari kite duk mencaci dia...


sama2 la kite yer...doakan tqah samaaa...5ribulan ni 1st paper utk final ni...wish me luck..^_^