Friday, May 11, 2012

khas untuk lelaki masa depan saya

assalamualaikum w.b.t .... entry malam ni memang khas untuk encik lelaki masa depan saya..pada sapa yang taknak baca, takpe2..tak kesah pun..pada sape nak menyampah, pun takpe..takde halangan di pihak saya sebab saya tahu susah nak puaskan hati semua orang kan... so ni belog sape?? belog saya kan..so terpulang saya nk post ape..tapi tanpa anda yang sudi menjenguk belog ni,ape lah nak jadi kat belog ni kan... THANK YOU VERY MUCH!!!!!

awak, da dua tahun usia perhubungan kita.. masih muda kan lau kita samakan dengan umur manusia.. masih mentah... tapi pada saya, usia sesebuah perkenalan (sebab kite berkawan dalam masa 2bulan saja and perkenalan kite melalui fb kan awak..) tu tak menjamin untuk kite kenal pasangan kite sebaiknya...dah 2tahun ni, saya akui, saya masih belum cukup memahami awak tapi saya cuba untuk memahami awak, menerima awak seadanya diri awak sebagaimana awak menerima saya seadanya saya.. siapa saya dulu tak pernah menjadi persoalan pada awak, kerana kita tahu kan.. untuk mencintai seseorang, kita TIDAK MEMERLUKAN SEBAB..dan awak da buktikan awak tak perlu sebab untuk awak mencintai saya..

bukan wang ringgit yang saya nak dari awak, bukan harta-benda yang saya nak awak beri pada saya.cukup awak menyintai,menyayangi dan mengasihi saya sedalam-dalam hati awak.. saya behagia bila awak berikan saya barang yang awak sayang..yang awak taknak bagi pada orang lain, tapi awak bagi sy..awak tau yang saya sangat mementingkan sentimentel value.. tak kesah ape orang nak cakap, saya tak peduli..sebab duit semua tu tak boleh bagi saya kegembiraan...

awak,walaupun awak pernah tinggalkan saya suatu masa dulu, pernah buat saya menitiskan airmata untuk perpisahan yang kita tak minta, takdir ALLAH buat kita bertemu semula, kerana DIA saya maafkan awak tanpa terpalit sedikit dendam pun... terima kasih kerana hulurkan kembali cinta awak kepada saya..terima kasih kerana bagi saya beberapa kejutan sepanjang kita bersama semula...saya anggap segala yang datang dalam hubungan kita ni, adalah penguat hubungan kita..untuk tengok bagaimana kita hadapi ujian dalam hubungan ni..

awak adalah yang teristimewa pada saya.. saya tak perlu lelaki yang sempurna untuk menyempurnakan hidup saya sebab saya tahu takde manusia yang sempurna dalam dunia ni...awak pelengkap saya, dan saya adalah pelengkap awak..saya tak perlukan syarat untuk mencari lelaki yang bakal mendiami kamar hati saya..cukup la dia mampu membimbing saya menuju ke jalanNYA.. awak, saya harap kita mampu untuk terus hadapi apa sahaja yang datang ye..saya taknak awak mengalah macam dulu..saya taknak awak buat lagi sekali percaturan yang sama...

untuk lelaki masa depan saya, saya akan terus menanti dan menanti dan sentiasa perhubungan kita kekal hingga ke alam perkahwinan..kekal hingga ke akhirat sana.. SAYA NAK MENJADI YANG HALAL KEPADA AWAK....

<3<3<3TERIMA KASIH ATAS HULURAN CINTA AWAK PADA 1 MEI 2010<3<3<3

2 kejicacimaki:

Abg Stalker said... Reply To This Comment

:)selamat berbahgia la hendaknya.cinta2 jgk,tp jgn lpe berpaksikn pd ya Esa dan agama kita. :)

TeAqArH said... Reply To This Comment

@Abg Stalker al hamdu lillah..kerana kalu borak dengan dia x pernah pun borak kosong...ade saje nk diborak yg memberi pengisian ilmu...kerana kami sama aliran.. ^_^